Tag Archives: hemoglobin rendah

Ketahui tentang Darah Nifas

Telah menjadi kebiasaan bagi wanita yang melahirkan anak akan diikuti dengan keluar darah dalam tempoh tertentu. Inilah yang dikenali dengan post-natal bleeding atau nifas. Nifas dari segi bahasa berasal daripada perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Darah nifas dari segi etimologi ialah darah yang keluar dari rahim wanita sesudah bersalin.

Sebagai seorang wanita dan juga ibu, anda perlu tahu bagaimana untuk membezakan darah nifas yang normal dengan yang tidak normal.

Soalan: Berapakah lama darah nifas saya akan berhenti selepas bersalin?

Jawapan: Selepas anda melahirkan anak, sama ada melalui pembedahan cesarean atau kelahiran normal, anda akan mengalami pendarahan melalui faraj. Pendarahan ini yang juga dipanggil nifas dan ia adalah merupakan sebahagian daripada proses penyembuhan rahim di mana dinding rahim yang menebal semasa hamil menjadi gugur dan otot rahim yang membengkak menjadi kecut.

Dalam tempoh 1-3 hari pertama selepas bersalin, anda akan mengalami aliran pendarahan yang banyak dan kadang-kadang mungkin terdapat ketulan darah keluar dari faraj. Jangan risau kerana ia agak normal. Juga, jika kali pertama anda berdiri selepas melahirkan, anda mungkin perasan darah mengalir turun daripada faraj ke kaki anda. Ini juga normal kerana apabila anda duduk atau berbaring, darah bertakung dalam faraj dan keluar semasa berdiri akibat tarikan graviti. Jumlah darah nifas akan berkurangan pada hari-hari berikutnya.

Dalam tempoh ini anda tidak digalakkan menggunakan tampon kerana ia mungkin akan menyebabkan jangkitan kuman, terutama sekiranya anda melahirkan secara normal. Lebih elok kalau anda memakai pad bersalin yang besar atau anda boleh memilih untuk memakai diaper orang dewasa untuk beberapa hari selepas bersalin. Ini disebabkan pendarahan yang agak banyak pada tempoh tersebut.

Anda juga mungkin akan perasan bahawa berlaku aliran darah menjadi banyak semasa menyusukan bayi. Keadaan ini berlaku kerana stimulasi pada puting akan meninggikan rembesan hormon oxytocin yang akan menyebabkan rahim anda mengecut dan seterusnya mengalakan aliran darah nifas. Disebabkan ini, mereka yang menyusu lebih kerap akan mengalami tempoh aliran nifas yang lebih singkat dari mereka yang tidak menyusu badan. Ini adalah salah satu kebaikan susu ibu kerana ia mengurangkan risiko tumpah darah.

Sekiranya anda masih dapati pergerakan dan aktiviti harian menyebabkan berlaku peningkatan jumlah aliran nifas, ia mungkin tanda anda perlu berehat dan cuba kurangkan aktiviti aktif untuk beberapa hari lagi.

Selepas dua minggu, warna darah anda akan bertukar lebih kepada warna perang dan kemudiannya akan beralih kepada warna kekuningan untuk beberapa minggu lagi. Darah nifas selalunya akan berhenti sepenuhnya selepas 6-8 minggu.

Selepas pantang adalah normal untuk haid menjadi tidak teratur untuk tempoh beberapa bulan pertama atau tiada langsung. Sekiranya anda menyusu badan, anda mungkin tidak didatangi haid sehingga 1-2 tahun. Sekiranya haid masih tidak kembali ke keadaan asal selepas 6 bulan dan anda tidak menyusu badan secara eksklusif, eloklah berjumpa doktor untuk pastikan tiada masalah. Banyak berlaku kes di mana ibu tidak sedar mereka sebenarnya hamil pada ketika itu.

Tanda-tanda serius

Berikut adalah tanda-tanda serius yang memerlukan anda berjumpa dengan doktor dengan segera. Ia mungkin tanda jangkitan kuman atau juga tanda uri tertinggal dalam rahim.

  • Darah nifas masih berwarna merah terang walau sudah lebih dari 7 hari bersalin.
  • Darah nifas berbau busuk
  • Demam dan menggigil
  • Darah yang keluar membasahi pad dan perlu ditukar setiap 1 jam
  • Darah beku yang besar keluar dari faraj
  • Sakit perut berterusan

*sumber

Darah nifas yang terlalu banyak dan lebih daripada biasa perlulah dirujuk kepada pakar perubatan secepat mungkin kerana bimbang jika terdapat komplikasi yang lain. Sewaktu dalam proses melahirkan anak, si ibu kehilangan banyak darah dan ini kemungkinan akan membuatkan ibu rasa pening, loya, nak pitam dan sebagainya. Pemakanan yang seimbang dan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi diperlukan untuk membantu dalam penghasilan darah merah.

Tahukah anda??

  • Lebih daripada 200 billion sel darah merah dihasilkan setiap hari
  • Setiap saat 2.5 juta sel DARAH BARU di keluarkan ke dalam sistem darah
  • Iron menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel

Tanda-tanda kekurangan zat besi (Iron)

  • Pucat, tercungap-cungap
  • Keletihan & kelesuan luar biasa
  • Pergerakan yang perlahan
  • Anemia (Penyakit Kurang Darah)
  • masalah sembelit
  • tidak bermaya
  • kuku pecah (retak)
  • berat bayi tidak naik walau menyusu susu ibu

Berapa banyak zat besi yang diperlukan?

  • 18 –mg @hari
  • Kita hanya mendapat 9-mg @ hari
  • Problem terbesar adalah iron susah diserap daripada makanan. Hanya 10% iron yang dapat daripada makanan.
  • Jika banyak minuman kopi, tea, dan minuman bergas penyerapan juga susah kerana ia menghalang penyerapan

PERBEZAAN SHAKLEE

  • Iron + C Kejayaan Shaklee dalam pemakanan tambahan.
  • Perbezaan Shaklee ada tambahan vitamin C
  • Vitamin C membantu iron diserap dengan lebih baik

Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:

  • Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
  • Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
  • Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
  • Ibu yang menyusukan bayinya

Okey.. dah baca fakta2, sekarang soalan seterusnya, vitamin Shaklee yang manakah membantu dalam memulihkan semula paras hemoglobin dalam darah khususnya utk ibu hamil dan juga ibu berpantang?
JAWAPAN : Pengambilan Vitalea Shaklee (multivitamin lengkap zat besi) amat membantu.

Berikut kata Mommy Icha dalam entry di blognya mengenai kepentingan zat besi dan pengalamannya mengambil supplemen Shaklee:

“…Semasa mengandungkan Icha, anak pertama, Hb saya paling tinggi pun 12 sahaja. Tetapi, selepas lebih setahun mengamalkan suplemen Shaklee secara teratur, Hb saya 13++, dan saya bukan setakat hamil, malah masih menyusukan Icha!”

*credit to MamaFaiz

Vitalea with Iron Formula

Dalam waktu tempoh berpantang, saya tak makan vitamin yang hospital bagi..sebab dalam Set Berpantang yang saya ambil dah merangkumi semuanya ~ Vitalea (multivitamin), Vitamin C, B Complex dan Zink. Dan Vitalea yang dilengkapi dengan zat besi memang betul-betul membantu saya dalam menaikkan HB saya. Yelah..waktu pantang kan banyak yang kita tak makan..Itu tak boleh..ini tak boleh, jadi mana datangnya sumber dan nutrient yang diperlukan oleh badan kita? Sebelum bersalin, HB saya 11.2..dan cukup sebulan bersalin HB saya dah naik 11.5 Ok la tu kan..hehe..

Jika berminat untuk mencuba, sila hubungi saya di 013-9395771 atau email ke tgmuzlina@gmail.com