Tag Archives: ibu hamil

Ibu Hamil Resah Berat Badan Naik Mendadak Selepas 4 bulan Mengandung

Penambahan berat badan ketika hamil perlu dipantau supaya tidak melebihi apa yang disarankan. Ramai ibu hamil yang mengalami masalah berat badan yang menurun semasa trimester pertama kehamilan disebabkan kurang selera makan dan ada juga yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Tetapi selepas usia kandungan masuk ke trimester kedua, kebanyakan tubuh badan ibu hamil kembali pulih dan selera makan pun dah makin ok. Adakalanya selera makan menjadi-jadi hingga menyebabkan masalah berat badan yang naik secara mendadak pula.

Secara kasarnya, ibu hamil digalakkan untuk menambah berat dalam lingkungan 1.5kg – 2.0 kg setiap bulan selepas usia kandungan 12 minggu. Walau begitu, setiap ibu mempunyai berat yang berbeza semasa hamil dan menurut artikel yang dikongsikan oleh Dr. Zubaidi, jadual di bawah dapat memberikan panduan kepada ibu untuk menambah berat semasa hamil.

Berat Sebelum Hamil Penambahan Berat yang Dibenarkan
Kurang Berat Badan (BMI kurang dari 18.5) Kira-kira 13 – 18 kg
Normal (BMI 18.5 – 24.9) Kira-kira 11 – 16 kg
Lebih Berat Badan (25 – 29.9) Kira-kira 7 – 11 kg
Obese (BMI 30 atau lebih) Kira-kira 5 – 9 kg

Teringat saya kisah sahabat saya yang beratnya naik mendadak waktu mengandung dan disahkan kencing manis. Penat berulang alik ke klinik untuk cek gula dalam darah. Kebiasannya, bila berat naik banyak sangat dalam tempoh sebulan, nurse akan refer kes dia kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut dan biasanya kena minum air gula untuk pastikan dia tiada masalah kencing manis. Sebelum minum air gula tu, kena puasa dulu daripada malam hinggalah pagi esoknya sebelum minum air gula tu. Sampel darah akan diambil dua kali iaitu sebelum minum air gula dan kira-kra 2 jam selepas minum air gula. Jika bacaan paras gula dalam darah tu normal, maknanya ibu hamil tiada masalah kencing manis.

Bacaan gula yang normal sebelum minum air gula perlu kurang daripada 5.6 mmol/liter dan selepas 2 jam minum air gula, paras gula dalam darah perlu kurang daripada 7.8 mmol/liter. Jika di luar daripada paras normal, ibu hamil disahkan menghidap kencing manis ketika hamil iaitu Gestational Diabetes Mellitus (GDM).

Apa Kesannya Jika Ibu Hamil Disahkan Diabetes?

Ibu hamil yang disahkan diabetes perlulah mengamalkan diet yang sesuai untuk mengawal paras gula dalam darah. Kencing manis yang tak dikawal semasa hamil boleh menyebabkan risiko kecacatan kepada bayi dalam kandungan. Biasanya, doktor akan segerakan kelahiran 2 minggu lebih awal untuk mengelakkan komplikasi seperti saiz bayi yang terlalu besar atau bayi meninggal dalam kandungan akibat plasenta yang tidak dapat berfungsi dengan baik.

kencing manis ketika hamil

Macam Mana Nak Kawal Berat Badan Ibu Hamil Supaya Tak Naik Secara Mendadak?

Jadi, seeloknya ibu perlu jaga pemakanan sepanjang waktu hamil. Tak bermakna bila hamil ni perlu makan untuk dua orang 🙂 Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengawal berat badan serta kekalkan paras gula yang normal dalam darah :

  • Mengambil karbohidrat kompleks seperti bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji
  • Mengambil makanan yang kaya serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain
  • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu seperti mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain. Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
  • Elakkan makanan yang bergoreng

Ibu hamil  juga boleh mengawal berat badan dengan mengamalkan minum Energizing Soy Protein untuk mengawal selera makan. Dah ramai ibu hamil yang amalkannya dan ramai yang bersetuju berat badan mereka terkawal dan tak naik mendadak. Selain itu, ibu hamil digalakkan mengambil Omega 3 kerana ianya dipercayai dapat membantu melancarkan aliran darah ke otot-otot dalam tubuh badan sewaktu sedang exercise dan membantu merangsang enzim yang membawa lemak ke tempat yang perlu untuk membekalkan tenaga. Ibu-ibu tahu tak, Omega 3 ni pun boleh membantu dalam pembakaran lemak-lemak yang tak perlu dalam tubuh badan.

Haa….macam mana tu? Makan asid lemak tapi boleh bakar lemak? Terdapat kajian yang menunjukkandengan adanya asid lemak dalam aliran darah, lemak dalam badan akan dibakar dan ditukarkan kepada tenaga..dengan syarat kalori yang diambil tu kurang dari yang dibakar.

A study presented at the Annual Meeting of the American Society for Clinical Nutrition claimed that in women who were on very low caloric diets (who you’d expect would drop off in their rate of fat loss eventually), “Fats (Omega-3’s) accelerated removal from adipose tissue indicates either a preferential step in Beta-oxidation or a defined need during supplemented fasting which exceeds its rate of provision from adipose stores.”

This means that Omega-3 is very important during the fat burning process (Beta-Oxidation means that fatty acids are broken down to create a usable form of energy), and it’s required even during states of fasting because it can help burn more fat.

Satu lagi cara asid lemak Omega 3 ni membantu dalam membakar lemak ialah dengan pengambilannya bersama dengan makanan. Apa yang berlaku bila kita ambil Omega 3 dengan makanan, kita sebenarnya merendahkan glycemic load bagi hidangan tersebut.

The “American Journal of Clinical Nutrition” published a study in 2007 examining the effects of fish oil and exercise on the breakdown of body fat. Overweight subjects with high cholesterol were given 6 grams of tuna daily for 12 weeks. On top of this they also walked for 45 minutes every day. After 12 weeks the results showed reduced triacylglycerols, a fatty acid responsible for the hardening of arteries; both exercise and fish oil were independently shown to reduce body fat mass. Fish oils also help to decrease blood sugar levels, according to the National Institute of Health. When blood sugar levels are high, the body produces insulin which prevents fat loss. By reducing blood sugar levels, fish oils help to prevent a surge of insulin in the body further aiding in fat loss.

Maklumlah, bila mengandung ni ada je lemak yang tak perlu pun menempel sekali. Itu yang menyebabkan berat badan ibu hamil pun akan naik juga. Asid lemak Omega 3 iaitu EPA dan DHA sangatlah diperlukan bagi ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan. EPA menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun dan juga tindak balas keradangan manakala DHA penting untuk perkembangan otak, mata serta menyokong kesihatan sistem saraf. Menurut ISSFAL (the International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids), minimum DHA yang disarankan untuk ibu hamil ialah 300mg setiap hari. Pendek kata, Omega 3 akan berikan banyak manfaat pada ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan.

Jika anda mempunyai masalah berat badan naik mendadak ketika hamil, usah bertangguh lagi kerana ia mungkin mengundang pelbagai penyakit lain lagi. Terus sahaja hubungi saya jika anda ingin saya bantu menyelesaikan masalah anda.

Ibu hamil yang lincah dan cergas idaman semua

Wahhh..anda hamil? atau isteri mengandung? Tahniah semuanya yer!! Mesti tak sabar menunggu cahaya mata sendiri..lagi2 kalau anak pertama kan? Selalunya orang cakap yang pertama ni excitednye terlebih sikit..Hehhehe..Menjadi ibu hamil ni banyak cabarannya tapi pastinya membuatkan wanita hamil sentiasa tersenyum lagi-lagi bila mendapat respon dari bayi dalam kandungan. Pasti tak sabar untuk melihat zuriat dilahirkan nanti kan?

Ibu Mengandung

Kebiasaannya sebaik sahaja anda atau isteri disahkan hamil, terus pergi buat kad merah di klinik kesihatan. Bukan apa..semuanya untuk kesihatan ibu dan juga bayi di dalam kandungan. Nanti nurse akan berikan nasihat untuk ibu hamil terutamanya apa yang perlu dititikberatkan dalam makanan ibu hamil. Anda juga akan dibekalkan dengan beberapa jenis vitamin untuk ibu hamil. Semuanya bergantung kepada tahap kesihatan ibu tersebut. Vitamin ibu hamil ni tak sama yer..bukan semua klinik atau doktor bagi vitamin yang sama. Ada yang dapat obimin, ada yang dapat 4 jenis pil berasingan tu macam asid folik, vitamin c, zat besi, b complex dan sebagainya. Semuanya untuk memenuhi keperluan nutrisi harian untuk wanita hamil. 9 bulan hamil adalah waktu yang sangat kritikal untuk memastikan kesihatan kandungan dan juga ibu berada pada tahap yang optimum. Jadi ibu-ibu yang cantik jelita semua jangan ngelat2 yer..mesti jaga pemakanan ibu mengandung ni..Barulah baby yang lahir nanti sihat, bijak, cantik dan semestinya comel 😉

Shaklee juga menawarkan vitamin untuk ibu hamil yang dapat memenuhi dan menampung kekurangan nutrisi wanita hamil. Untung sangat tau sebab vitamin ni bukan jer makan waktu mengandung tapi berpantang dan dalam tempoh menyusukan juga. Jangan tak tau ramai dah ibu di luar sana yang bertukar kepada vitamin Shaklee sebab bukan jer memberikan  maanfaat waktu hamil tapi waktu menyusukan juga..Hinggakan ada yang tak muat peti nak simpan susu untuk anak tersayang..Tentu bertambah sihat dan bam bam si comel anda dapat khasiat dan nutrien yang cukup. Jom kita lihat bagaimana vitamin ini membantu anda dan bayi dalam kandungan?

1. Vitalea

Multivitamin yang dilengkapi dengan 28 vitamin dan mineral penting untuk membantu menampung kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan bayi serta memberi tenaga. Ianya lengkap diformulasikan dengan zat besi yang sangat penting untuk proses pembentukan sel darah merah yang sangat diperlukan oleh ibu mengandung. Pengambilan vitalea yang konsisten dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan ibu dan juga menaikkan kandungan hemoglobin (HB) di dalam darah.

Apa bezanya vitalea dengan multivitamin yang lain? Salah satu multivitamin yang popular di kalangan ibu hamil ialah obimin. Klik pada link di bawah :

Perbezaan Vitalea dengan Obimin

OrderNow

2. B Complex

Shaklee B complex mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain. Tahukah anda vitamin B di dalam tubuh badan anda mudah musnah dan hilang akibat stress/tekanan hidup, alkohol dan ubat-ubat preskripsi yang berunsurkan dadah? Vitamin B yang mencukupi dalam badan dapat membantu menenangkan dan mengelakkan stress serta keletihan akibat mengandung. Sebab tulah doktor selalu nasihatkan agar ibu mengandung..jangan stress tau..kesian kat baby..nanti baby pun boleh distress.
 

3. Vitamin C

Vitamin C terkenal sebagai nutrien yang dapat meningkatkan sistem imun. Sewaktu hamil, tahap kesihatan ibu mudah merosot akibat daripada sistem imun yang lemah. Vitamin C membantu ibu untuk melawan jangkitan dan juga penyakit. Ia juga terkenal dalam membantu penghasilan kolagen dan ini dapat membantu membina tulang rawan, otot-otot dan tulang-tulang bayi di dalam kandungan.

4. Protein (ESP)

Protein adalah makanan asas kepada sel di dalam badan. Ianya adalah blok-blok pembinaan asas badan ibu dan juga bayi. Perkembangan bayi di dalam kandungan sewaktu ibu hamil trimester 2 dan 3 sangat pesat. Jadi ia memerlukan sumber protein yang mencukupi untuk memastikan organ dan tubuh badan bayi terbentuk dengan sempurna. ESP juga memberikan rasa kenyang untuk mengatasi masalah pedih ulu hati di kalangan ibu hamil.

5. Ostematrix

Semasa hamil, badan ibu memerlukan lebih kalsium dan ianya sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat bagi bayi di dalam kandungan. Ostematrix bukan sekadar melengkapkan keperluan kalsium ibu mengandung tetapi juga membantu mengatasi masalah ibu hamil seperti sakit-sakit badan, sakit urat, sakit otot dan saraf, buasir, sembelit dan juga masalah tidak dapat tidur lena.

Kalsium untuk Wanita Hamil

6. Omega Guard

Omega 3 yang terdiri daripada EPA dan DHA sangat penting untuk membantu perkembangan otak dan minda bayi di dalam kandungan. Ia juga boleh dijadikan alternatif bagi ubat batuk kerana dapat membantu melegakan tekak dan mencairkan kahak. Omega Guard boleh diambil jika kandungan telah memasuki trimester 2..lebih kurang usia kandungan 4 bulan gitu..

Jagalah pemakanan untuk ibu hamil..bukan untuk orang lain..tapi untuk anda dan bayi juga. Jangan disebabkan kelalaian kita, bayi yang tak bersalah menanggung akibatnya. Dapatkan set kehamilan anda hari ini. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

OrderNow

Bahaya Kekurangan Zat Besi

pening_kurang zat besi

RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.

Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya. 

lesu_kurang zat besi

LESU…kekurangan zat besi membuatkan tubuh rasa lemah.

 

anemia_kurang darah

PUCAT…ibu mengandung perlu zat besi secukupnya.

Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka. 

Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.

 

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka. 

“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan. 

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka. 

Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.

Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:

  • Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
  • Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
  • Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
  • Ibu yang menyusukan bayinya

Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia?

Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup lajuKatanya, anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia. 

Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah. Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya, kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami anemia ringan. Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk. Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.

Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan. 

Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu

“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit. 

“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan. 

Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan. 

Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi. 

Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.

Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.

“Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.

“Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.

“Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.

Memahami anemia dan kehamilan

Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi. Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan

Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.

Pengesanan

Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah. 

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka. 

Pencegahan dan rawatan

Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.

*sumber

Disebabkan kepentingan zat besi dalam diet harian, multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi telah diformulasikan oleh Shaklee iaitu Vitalea. Kebanyakan set kesihatan yang kami sediakan juga mengandungi vitalea kerana dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Kesannya, badan lebih bertenaga..cergas dan tidak lagi mengalami keletihan atau kelesuan yang melampau.

vitalea_multivitamin

Vita-lea adalah suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:

  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata* (Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu)
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi* (Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.)
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*

* sumber

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Nak tahu apa kata Pn Aya Chalo yang dah cuba vitamin Shaklee ni. Dalam masa 2 minggu je, HB dah jadi normal!

Berminat untuk mencuba produk ini? Hubungi saya untuk konsultasi dan maklumat lanjut.

OrderNow

Email : tgmuzlina@gmail.com
SMS/WhatsApp : 0139395771 (Muz)
Facebook Fanpage : Mama2R