Tag Archives: kebaikan soya

6 Kebaikan Protein Kacang Soya Yang Anda Perlu Tahu

Sebelum ni saya dah share tentang sumber protein haiwan seperti ayam yang lebih terdedah kepada bahan kimia. Jadi, selain protein haiwan, kita boleh pilih protein tumbuhan. Tapi, untuk mendapatkan protein daripada tumbuhan, kita kena pastikan tumbuhan tersebut lengkap dengan keperluan badan kita contohnya tumbuhan yang sangat bagus untuk lengkapkan keperluan asid amino badan kita ialah Kacang Soya.

kacang soya 1

Kenapa Kacang Soya?

Badan kita perlukan protein sihat yang mencukupi setiap hari dan kacang soya ni sejenis tumbuhan yang ada 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan kita…dan paling penting kualitinya sama dengan kualiti protein haiwan. Haaa..dan apa yang paling best sebab kacang soya ni takde lemak dan takde kolestrol! 🙂 Satu lagi kebaikan yang ada dalam protein tumbuhan dan takde dalam protein haiwan contohnya ISOFLAVON.  

Kebaikan Protein Kacang Soya

1. Protein yang sihat membantu kita untuk mendapatkan otot, rambut dan kuku yang sihat

Protein sangat penting untuk membantu badan kita membina otot especially bagi lelaki yang nak buat 6 pax 🙂 Contohnya kalau korang pergi gym. Protein yang sihat ni bantu untuk kita dapatkan muscle yang lebih mantap. Sama juga untuk wanita, untuk dapatkan badan yang lebih fit, tak menggeleber dan badan lebih sihat, kita pun perlukan protein yang sihat.

Protein sangat penting untuk menghasilkan rambut baru yang lebih sihat & lebih cantik. Kalau tak cukup protein, rambut akan jadi lebih kering, bercabang, rapuh dan cepat gugur.

Kuku yang cepat patah dan rapuh adalah salah satu tanda badan kita tak cukup protein. Kalau cukup protein, kuku akan jadi lebih kuat, lebih tebal, lebih sihat dan lebih cantik.

2. Protein yang sihat bantu kita untuk mendapatkan dapat kulit yang lebih cantik

Kulit kita ni perlukan protein setiap hari sebab setiap hari ada sel-sel yang akan mati. Bila badan dapat protein yang sihat, sel akan jadi cantik dan kulit akan jadi sangat cantik, gebu, halus dan mulus! Kalau kulit banyak kesan hitam akibat parut jerawat tu..tandanya tak cukup protein lah 🙂

3. Protein yang sihat memberi manfaat dari segi tenaga dan juga stamina

Protein soya yang berkualiti tinggi akan mampu memberikan otot yang lebih kuat dan akan berikan kita tenaga. Selain tu, ianya memberi khasiat vitamin, mineral dan nutrisi inilah yang akan bantu kita untuk kekalkan stamina sepanjang hari.

4. Kandungan Isoflavons dalam kacang soya mampu mengurangkan risiko kanser

Kacang soya mampu berikan kita sejenis fitokimia semulajadi iaitu Isoflavons. Fungsi isoflavons ni adalah untuk bantu kurangkan risiko seperti kanser payudara, kanser prostat dan juga mampur untuk kurangkan gejala menopaus. Walaupun isoflavons ni berfungsi untuk menghasilkan sedikit hormon estrogen tetapi ianya tak menganggu fungsi estrogen yang ada dalam badan kita dan ianya tak berupaya untuk menjalankan aktiviti yang sama seperti hormon dalam badan kita. Phytoestrogen bantu untuk mengawal keseimbangan hormon dalam badan dan kurangkan risiko tadi.

5. Menyokong kesihatan jantung dengan cara turunkan kadar LDL dalam badan

Protein soya yang berkualiti tinggi berupaya menyokong kesihatan jantung kita dengan cara menurunkan kadar LDL iaitu kolestrol jahat dalam badan kita. Selain bantu turunkan LDL, protein soya mampu untuk bantu sihatkan salur darah supaya risiko penyakit seperti strok, jantung dan darah tinggi semakin berkurangan.

6. Membantu perkembangan bayi yang sihat

Bagi ibu hamil dan juga selepas bersalin, keperluan protein dalam badan sangat penting untuk menyokong perkembangan bayi yang sihat. Sepanjang 40 minggu di dalam kandungan, bayi perlukan protein yang lengkap untuk hasilkan organ, untuk hasilkan sel, tulang dan organ-organ lain.

Selepas bersalin pula, ibu perlukan protein yang lengkap bagi penghasilan susu ibu yang penuh dengan nutrisi yang ada antibodi dan bantu sistem imunisasi bayi. Jadi, untuk mendapatkan sumber protein yang sihat, protein daripada soya yang lengkap dengan 9 asid amino perlu akan membantu perkembangan bayi yang normal dan lebih sihat.

Jadi, memang banyak sangat khasiat dan manfaat yang kita boleh dapat daripada protein kacang soya untuk kesihatan dalaman dan juga luaran. Jangan ambil mudah keperluan protein harian kita ye 😉