Tag Archives: kenapa perlu suplemen

Suplemen, adakah ianya satu keperluan atau kemestian?

Bila namanya pun dah SUPLEMEN, iaitu makanan tambahan…bukan bermakna bila kita makan suplemen atau vitamin, dah tak perlu makan makanan harian lagi. Pastinya nutrisi paling baik adalah daripada makanan itu sendiri(real food).

Tapi..gaya hidup kita masa kini tak macam orang dulu2..tak makan pun makanan segera..makanan yg diproses..mostly rajin makan ulam-ulaman dan sayuran yang ditanam sendiri. Rajin exercise..yelah..orang2 dulu rajin bercucuk tanam, berkebun, buat pape aktiviti kan..sangatlah berbeza dengan lifesytle kita pada harini.

Macam mana nak tau sama ada kita perlukan suplemen atau pun tidak? Macam kita ada kereta mewah, body cun..ada minyak tapi jarang servis atau lebih teruk tak pernah servis pun. Lama-kelamaan, prestasi kereta pun makin merosot..mulalah enjin rasa tak best je..berbunyi sana sini..

Kenapa kita perlukan suplemen?

  1. Sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan
  2. Badan kita perlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien..dan nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan
  3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia yang lain
  4. Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersenam dan merokok
  5. Rutin pemakanan kebanyakan masyarakat sekarang yang tidak hiraukan diet yang seimbang
  6. Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat daripada pengambilan kafein, gula dan garam yang berlebihan
  7. Kehilangan nutrien dalam makanan terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera, masak terlalu lama dan sebagainya.

image

Perlu ingat ye..kita ambil suplemen semasa kita sihat..bukannya waktu sakit..bila dah sakit, masa tu perlukan ubat. Seboleh-bolehnya cuba elakkan ubat sebab ubat mengandungi dadah..dan tak elok untuk jangka panjang. Kos rawatan juga pastinya lebih mahal. Elakkan suplemen sintetik dan pilihlah suplemen yang dah diuji keberkesanannya dan dibuat dari sumber-sumber semulajadi.