Tag Archives: kencing manis ketika hamil

Ibu Hamil Resah Berat Badan Naik Mendadak Selepas 4 bulan Mengandung

Penambahan berat badan ketika hamil perlu dipantau supaya tidak melebihi apa yang disarankan. Ramai ibu hamil yang mengalami masalah berat badan yang menurun semasa trimester pertama kehamilan disebabkan kurang selera makan dan ada juga yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Tetapi selepas usia kandungan masuk ke trimester kedua, kebanyakan tubuh badan ibu hamil kembali pulih dan selera makan pun dah makin ok. Adakalanya selera makan menjadi-jadi hingga menyebabkan masalah berat badan yang naik secara mendadak pula.

Secara kasarnya, ibu hamil digalakkan untuk menambah berat dalam lingkungan 1.5kg – 2.0 kg setiap bulan selepas usia kandungan 12 minggu. Walau begitu, setiap ibu mempunyai berat yang berbeza semasa hamil dan menurut artikel yang dikongsikan oleh Dr. Zubaidi, jadual di bawah dapat memberikan panduan kepada ibu untuk menambah berat semasa hamil.

Berat Sebelum Hamil Penambahan Berat yang Dibenarkan
Kurang Berat Badan (BMI kurang dari 18.5) Kira-kira 13 – 18 kg
Normal (BMI 18.5 – 24.9) Kira-kira 11 – 16 kg
Lebih Berat Badan (25 – 29.9) Kira-kira 7 – 11 kg
Obese (BMI 30 atau lebih) Kira-kira 5 – 9 kg

Teringat saya kisah sahabat saya yang beratnya naik mendadak waktu mengandung dan disahkan kencing manis. Penat berulang alik ke klinik untuk cek gula dalam darah. Kebiasannya, bila berat naik banyak sangat dalam tempoh sebulan, nurse akan refer kes dia kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut dan biasanya kena minum air gula untuk pastikan dia tiada masalah kencing manis. Sebelum minum air gula tu, kena puasa dulu daripada malam hinggalah pagi esoknya sebelum minum air gula tu. Sampel darah akan diambil dua kali iaitu sebelum minum air gula dan kira-kra 2 jam selepas minum air gula. Jika bacaan paras gula dalam darah tu normal, maknanya ibu hamil tiada masalah kencing manis.

Bacaan gula yang normal sebelum minum air gula perlu kurang daripada 5.6 mmol/liter dan selepas 2 jam minum air gula, paras gula dalam darah perlu kurang daripada 7.8 mmol/liter. Jika di luar daripada paras normal, ibu hamil disahkan menghidap kencing manis ketika hamil iaitu Gestational Diabetes Mellitus (GDM).

Apa Kesannya Jika Ibu Hamil Disahkan Diabetes?

Ibu hamil yang disahkan diabetes perlulah mengamalkan diet yang sesuai untuk mengawal paras gula dalam darah. Kencing manis yang tak dikawal semasa hamil boleh menyebabkan risiko kecacatan kepada bayi dalam kandungan. Biasanya, doktor akan segerakan kelahiran 2 minggu lebih awal untuk mengelakkan komplikasi seperti saiz bayi yang terlalu besar atau bayi meninggal dalam kandungan akibat plasenta yang tidak dapat berfungsi dengan baik.

kencing manis ketika hamil

Macam Mana Nak Kawal Berat Badan Ibu Hamil Supaya Tak Naik Secara Mendadak?

Jadi, seeloknya ibu perlu jaga pemakanan sepanjang waktu hamil. Tak bermakna bila hamil ni perlu makan untuk dua orang 🙂 Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengawal berat badan serta kekalkan paras gula yang normal dalam darah :

  • Mengambil karbohidrat kompleks seperti bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji
  • Mengambil makanan yang kaya serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain
  • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu seperti mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain. Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
  • Elakkan makanan yang bergoreng

Ibu hamil  juga boleh mengawal berat badan dengan mengamalkan minum Energizing Soy Protein untuk mengawal selera makan. Dah ramai ibu hamil yang amalkannya dan ramai yang bersetuju berat badan mereka terkawal dan tak naik mendadak. Selain itu, ibu hamil digalakkan mengambil Omega 3 kerana ianya dipercayai dapat membantu melancarkan aliran darah ke otot-otot dalam tubuh badan sewaktu sedang exercise dan membantu merangsang enzim yang membawa lemak ke tempat yang perlu untuk membekalkan tenaga. Ibu-ibu tahu tak, Omega 3 ni pun boleh membantu dalam pembakaran lemak-lemak yang tak perlu dalam tubuh badan.

Haa….macam mana tu? Makan asid lemak tapi boleh bakar lemak? Terdapat kajian yang menunjukkandengan adanya asid lemak dalam aliran darah, lemak dalam badan akan dibakar dan ditukarkan kepada tenaga..dengan syarat kalori yang diambil tu kurang dari yang dibakar.

A study presented at the Annual Meeting of the American Society for Clinical Nutrition claimed that in women who were on very low caloric diets (who you’d expect would drop off in their rate of fat loss eventually), “Fats (Omega-3’s) accelerated removal from adipose tissue indicates either a preferential step in Beta-oxidation or a defined need during supplemented fasting which exceeds its rate of provision from adipose stores.”

This means that Omega-3 is very important during the fat burning process (Beta-Oxidation means that fatty acids are broken down to create a usable form of energy), and it’s required even during states of fasting because it can help burn more fat.

Satu lagi cara asid lemak Omega 3 ni membantu dalam membakar lemak ialah dengan pengambilannya bersama dengan makanan. Apa yang berlaku bila kita ambil Omega 3 dengan makanan, kita sebenarnya merendahkan glycemic load bagi hidangan tersebut.

The “American Journal of Clinical Nutrition” published a study in 2007 examining the effects of fish oil and exercise on the breakdown of body fat. Overweight subjects with high cholesterol were given 6 grams of tuna daily for 12 weeks. On top of this they also walked for 45 minutes every day. After 12 weeks the results showed reduced triacylglycerols, a fatty acid responsible for the hardening of arteries; both exercise and fish oil were independently shown to reduce body fat mass. Fish oils also help to decrease blood sugar levels, according to the National Institute of Health. When blood sugar levels are high, the body produces insulin which prevents fat loss. By reducing blood sugar levels, fish oils help to prevent a surge of insulin in the body further aiding in fat loss.

Maklumlah, bila mengandung ni ada je lemak yang tak perlu pun menempel sekali. Itu yang menyebabkan berat badan ibu hamil pun akan naik juga. Asid lemak Omega 3 iaitu EPA dan DHA sangatlah diperlukan bagi ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan. EPA menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun dan juga tindak balas keradangan manakala DHA penting untuk perkembangan otak, mata serta menyokong kesihatan sistem saraf. Menurut ISSFAL (the International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids), minimum DHA yang disarankan untuk ibu hamil ialah 300mg setiap hari. Pendek kata, Omega 3 akan berikan banyak manfaat pada ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan.

Jika anda mempunyai masalah berat badan naik mendadak ketika hamil, usah bertangguh lagi kerana ia mungkin mengundang pelbagai penyakit lain lagi. Terus sahaja hubungi saya jika anda ingin saya bantu menyelesaikan masalah anda.