Tag Archives: kesan soya kepada kulit bayi

Kesan Soya Kepada Kulit Bayi Jika Diamalkan Sewaktu Hamil atau Menyusu

Ibu mungkin pernah dengar cerita mengenai amalan pemakanan yang berasaskan soya dan apa kesan soya kepada kulit bayi jika ibu sentiasa amalkan sepanjang waktu kehamilan. Orang tua-tua selalu nasihatkan minum soya supaya kulit bayi jadi putih bersih dan gebu. Namun, sejauh mana kebenarannya? 

Entahkan betul atau tidak, tapi tak dinafikan ramai yang turut mengamalkannya dengan harapan kulit bayi mereka jadi cerah dan putih walau kulit mak ayahnya agak gelap. Beria minum soya setiap hari. Tapi, sekarang ni pula trend masyarakat cakap minum soya ni tak bagus sebab nanti kulit bayi mudah kena alergi, kulit jadi cerewet. Persoalannya…apa sebenarnya kesan soya kepada kulit bayi?

Soya memang dah terbukti banyak khasiatnya. Namun, apa yang menjadikan ianya terlalu banyak kontroversi yang sekaligus merendahkan kepercayaan orang ramai terhadap khasiat soya ialah bila mana makin banyak masalah kulit yang timbul pada bayi yang ibunya amalkan minum soya. Bila sebut tentang soya, jangan anggap semua soya adalah sama. Apa yang membezakan kualiti soya ialah dari segi penanamannya dan juga cara pemprosesannya. Anda kena tahu bezakan yang mana soya yang tidak akan menimbulkan masalah di kemudian hari dengan mengetahui kriteria dan ciri soya yang berkualiti dan terbaik

Saya kongsikan kisah benar seorang ibu yang ada pengalaman minum soya tetapi kesannya berbeza pada kedua-dua anaknya.

kesan soya pada kulit 

Ada banyak lagi kisah benar ibu yang mengalami masalah yang sama. Pada asalnya mereka anggap semua soya adalah sama..tapi sebenarnya tidak. Jadi, pilihlah soya yang berkualiti dan hanya yang terbaik untuk anda dan bayi 🙂 Sebab tulah saya memang tak ragu-ragu lagi untuk amalkan minum ESP waktu pregnant dan juga menyusu. Alhamdulillah tak ada masalah kulit, malah kulit anak nampak lebih sihat dan cantik.