Tag Archives: Khasiat zink dalam kecantikan

Kecutkan Jerawat Batu dengan Mudah

Jerawat batu..kalau ia wujud..memang menyakitkan dan agak menyeksakan. Secara tak langsung, mengganggu juga penampilan dan menggugat keyakinan diri kan? Kali ni saya nak kongsikan tips paling mudah macam mana nak kecutkan jerawat batu. Oh ya..kenapa nak kecutkan dulu..bukan ke hilangkan terus lagi bagus! 😉 Memang betul..tapi kalau nak kulit muka kita ni sihat, cantik dan tak tinggalkan parut..mestilah ikut step by step. Lagipun jerawat batu ni bukan boleh dipicit-picit! Nanti makin merebak pula. 

jerawat batu

Selain pastikan kulit muka sentiasa bersih dan jaga pemakanan seperti elakkan makanan yang berminyak dan berlemak, anda boleh cuba amalkan 2 jenis vitamin ni je dulu. Haa…kenapa 2 je? Bukan ke banyak vitamin Shaklee yang ada untuk kecantikan kulit? Memang betul! Tapi, makanlah ikut mana satu yang lebih penting dulu dan juga ikut budget korang 😉 Kebiasaannya, jika customer saya yang ada masalah jerawat batu ni..saya suka suggest 2 jenis vitamin ni je dulu.

 herblax untuk buang toksin zinc complex untuk kecutkan jerawat batu

Kenapa? Salah satu fungsi utama Herblax adalah untuk detoks dan antara punca timbulnya jerawat batu ni adalah sebab badan kita banyak mengandungi toksin. Jadi, sangat penting sebelum anda makan apa-apa suplemen, sangatlah disarankan untuk detoks dulu toksin yang ada dalam badan. Detoks adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat serap nutrien dengan mudah dan berkesan. Sebab tulah sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplemen supaya tahap penyerapan nutrien adalah pada tahap yang paling optimum. Mungkin anda pernah dengar sesorang makan vitamin macam-macam tapi tak ada kesan. Antara salah satu sebabnya inilah puncanya!

Dan..kenapa pula saya suggest zink complex? Zink sangat penting dalam proses penyembuhan luka, mencegah kulit kering atau alergi serta mengawal kesimbangan hormon dalam badan. Bila jerawat pecah, secara automatik kulit wajah akan mengalami luka yang kecil..tapi bagi yang tak cukup zink dalam tubuh badan, itulah yang menyebabkan luka lambat sembuh..lama-kelamaan tinggal parut! Lagi satu fungsi zink ni adalah untuk membantu normalkan jumlah pengeluaran minyak di kulit wajah sekaligus mengekalkan kulit yang sihat. Pendek kata, zink sangat penting untuk hilangkan jerawat dengan berkesan! 

Untuk herblax, tak perlu makan setiap hari. Cukup dengan hanya 2-3 kali seminggu. Sebotol tu ada 120 biji, memang tahan berbulan juga lah. Zink complex pula hanya perlu makan 1 bij sehari je..tahan sampai 4 bulan tau. Murah dan jimat sebenarnya dua jenis vitamin ni. Harga pun tak sampai RM90 untuk kedua-dua produk ni. Bila kulit dah takde jerawat batu, boleh lah cuba vitamin yang lain pula untuk cantikkan lagi kulit 😉

OrderNow

Khasiat Zink dalam Kecantikan Kulit

Seringkali kita dengar vitamin untuk kulit cantik ialah Vitamin B, Vitamin E  dan juga Vitamin C. Kalau lihat di produk kosmetik sekarang pun banyak yang dah diformulakan dengan vitamin-vitamin ni terutamanya vitamin C dan E lah..tapi kali ni saya nak kongsikan khasiat zink dalam kecantikan kulit pula. Mungkin ramai yang tak tahu zink sangat berkesan untuk pulihkan masalah kulit terutamanya jika kulit yang berjerawat.

Zink ni salah satu mineral penting yang badan kita perlukan. Tugas zink ni macam 24 jam on call mekanik gitu..kerjanya repair sel yang rosak dan juga sembuhkan luka. Tanpa adanya zink, dalaman atau luaran badan perlukan masa yang lebih lama untuk repair sel yang rosak kerana zink bertanggungjawab dalam pemulihan sel dan tisu kulit.

Apa kaitannya Zink dengan Kecantikan?

Dengan mengambil zink yang mencukupi, ianya berpotensi untuk mencegah dan mengelakkan iritasi serta parut-parut yang akan timbul akibat jerawat! Zink dapat bantu untuk sembuhkan kulit dan luka2 di sekitar jerawat.

Salah satu lagi kegunaan zink adalah untuk melindungi kulit daripada sinar cahaya ultra ungu (UV). Samada anda sedar atau tidak, anda dah pun menggunakan zink setiap kali menggunakan sunblock..memang banyak sunblock yang menggunakan formula zink oksida untuk melindungi kulit daripada kansel kulit akibat sinar UV.

Sumber

Kecutkan Jerawat Batu                       Vs.           Zink dan jerawat batu

Kalau ada customer saya yang mengalami masalah kulit jerawat..lagi2 kalau jerawat batu, besar dan bernanah..seringkali saya cadangkan pengambilan suplemen zink complex terlebih dahulu. bila dah kecut, baru saya suggest vitamin untuk kecantikan kulit yang lain. dan feedback yang saya terima selepas tu..memang menggembirakan hati customer saya! Katanya jerawat2 yang timbul mula kecut..dah kurang jerawat besar kat muka..Jadi, jika anda juga mengalami masalah yang sama, cuba amalkan pengambilan Zink Complex secara konsisten. Insya Allah dalam 3-4 hari pun dah nampak perubahannya..Harga zink complex pun sangatlah murah jika nak dibandingkan dengan harga kosmetik di luar sana yang mungkin berbahaya pada kulit anda! Dengan zink complex, anda bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah maslah jerawat tetapi dapat nikmati banyak lagi khasiat zink dan manfaat kesihatan yang lain.

Nak tahu harga zink? hanya RM33.75 jer sbotol untuk Semenanjung Malaysia. Sangatlah murah sebab sebotol tu untuk kegunaan 4 bulan tau!