Tag Archives: manfaat air kelapa pada kesihatan

Khasiat Air Kelapa yang Perlu Anda Tahu

Pokok kelapa ni special tau..dari daunnya, buah, batang, umbuknya, semua boleh beri manfaat pada kita. Tapi saya nak kupas mengenai air kelapa. Banyak khasiat air kelapa ni tau.Slurrrppp!!! Dalam pantang..dengar je air kelapa..telan air liur jelah hehehe..Sebelum bersalin haritu, sempat minum air kelapa..ada satu kedai dekat Shah Alam..saya lupa nama kedainya, nanti lain kali saya bagi tau ye..bila minum air kelapa dia..sedapnyerrr..lega sangat tekak..sejuk, manis cukup rasa je..tak pasti pula kelapa jenis apa.hehe..

Kelapa, pemanis mulut yang eksotik dan sangat digemari di kalangan penduduk tempatan.Apa yang menariknya air kelapa tu sendiri mengandungi antibakteria, antimikrob, antifungal dan antioksidan pastinya dapat beri 1001 khasiat dan manfaat pada kesihatan. Airnya yang jernih, kaya dengan elektrolit menyegarkan sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak hinggala orang dewasa. Jika nak dibandingkan dengan minuman elektrolit berkarbonat atau lebih dikenali sebagai minuman tenaga, air kelapa kurang menyebabkan loya dan sakit perut.

Daripada sumber yang saya baca iaitu Majalah iSihat, air kelapa yang manis mengandungi rantai trigliserida sederhana yang membantu anda untuk menurunkan berat badan selain daripada mengatasi kepanasan mentari. Selain tu, air kelapa juga menyokong fungsi sistem imun, melindungi hati, mengurangkan oksidasi lipid dan meningkatkan sensitiviti insulin.

khasiat air kelapa muda

Haaa…bukan je rasanya yang lazat tapi ada banyak khasiatnya dan beri manfaat pada kesihatan. Kalau duk dekat kampung dulu, memang best sebab bila teringin je nak minum air kelapa muda..bleh amik dekat belakang rumah je 😉