Tag Archives: manfaat isoflavones

Kebaikan Isoflavones kepada Kesihatan

Pengambilan produk soya memberikan pelbagai manfaat kesihatan termasuklah melindungi daripada kanser payudara, kanser prostat, simptom menopaus, penyakit jantung dan juga osteoporosis. Kebanyakan manfaat kesihatan yang diperolehi daripada soya adalah disebabkan kandungan yang terdapat dalam soya itu sendiri iaitu Isoflavones. Walau bagaimana pun, sesetengah pengkritik tanpa bukti yang kukuh mengatakan bahawa isoflavones boleh meningkatkan risiko kanser payudara iaitu epithelial hyperplasia dan juga menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan kalenjar tiroid iaitu beguk dan hyperthyroidism. Terdapat lebih daripada 1700 kajian saintifik yang dijalankan menunjukkan isoflavones ini memberikan kebaikan dan manfaat kepada kesihatan.

Apa itu Isoflavones?

Isoflavones adalah sejenis phytoestrogen (plant hormon) yang terdapat pada tumbuhan seperti kacang soya dan red clover. Disebabkan struktur molekulnya yang seakan-akan hormon estrogen yang terdapat pada wanita, ia dapat mengimbangi paras estrogen dalam badan sekaligus mampu untuk meredakan simptom menopaus. Terdapat banyak jenis isoflavones tetapi antara yang paling bagus ialah Genistein dan Daidzein.

Apakah Kebaikan dan Manfaat Isoflavones?

1. Membantu meredakan simptom menopaus bagi wanita

Kajian terkini mendapati protein soya isoflavones boleh mengurangkan simptom dan gejala menopaus. Kebanyakan masalah kesihatan yang berkait dengan menopaus dan post-menopaus adalah disebabkan kekurangan isoflavones dalam diet Western. Pada tahun 2004, kajian kes telah dijalankan oleh Health Test dengan menyelidik preskripsi yang diberikan oleh 27 orang para doktor bagi merawat masalah wanita yang berkaitan dengan simptom menopaus dan didapati ramai doktor memberikan isoflavones iaitu 2 kali ganda lebih banyak daripada rawatan hormon. Kebanyakan suplemen yang diberikan kepada pesakit berasaskan tumbuhan seperti soya, black cohosh dan hops.

2. Mengurangkan risiko kanser bagi wanita seperti kanser payudara dan endometriosis.

Isoflavones bertindak sama seperti ubat kanser dalam melawan sel kanser atau tumor. Kajian populasi menunjukkan hubungan yang kuat di antara pengambilan isoflavones dengan pengurangan risiko kanser payudara dan kanser endometrial. Wanita yang banyak makan produk soya dan makanan yang kaya dengan isoflavones mengurankan risiko daripada kanser endometrial sebanyak 54%. 

3. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

Isoflavones dapat menghalang daripada pembentukan plak arteri dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga strok. Terdapat kajian yang membuktikan isoflavones juga dapat memperbaiki paras kolestrol dalam darah. Kehadiran kolestrol jahat (LDL) akan berkumpul di arteri, menghalang aliran darah dan mengakibatkan saluran arteri itu tersumbat (atherosclerosis). Atherosclerosis inilah yang menyebabkan gumpalan darah dan membawa kepada serangan jantung atau strok.

4. Membantu melindungi lelaki daripada kanser prostat.

Isoflavones juga memberi manfaat kepada kesihatan lelaki dengan melindungi kalenjar prostat dari membesar. Kajian menunjukkan isoflavones memperlahankan tumbesaran kanser prostat dan menyebabkan sel kanser prostat akhirnya mati. Isoflavones bertindak melawan sel kanser sepertimana rawatan ubatan kanser yang biasa. 

5. Memperbaiki kesihatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis

Protein soya isoflavones juga membantu meningkatkan kepadatan tulang sekaligus mengatasi masalah osteoporosis terutamanya di kalangan wanita yang telah menopaus.  Sebab tu lah dekat China dan Jepun jarang sangat ada masalah osteoporosis ni tapi berbeza pula dengan masyarakat di Europe dan North America.

Isoflavones adalah antioksidan semulajadi. Kuasa antioksidan yang terdapat pada isoflavones dapat mengurangkan risiko kanser untuk jangka masa yang panjang dengan menghalang radikal bebas daripada memusnahkan sel DNA. Oh ya! Walaupun isoflavones ni bagus, tapi tidak semestinya semua kacang soya yang diproses tu dapat memberikan manfaat yang sama. Pastikan anda tahu bagaimana nak memilih soya terbaik.