Tag Archives: nak kurus

Lapar? Ketahui 7 punca utama cepat lapar

Tips ni boleh anda apply terutamanya kepada anda yang nak diet, nak kurus, nak kawal selera makan ataupun nak turunkan berat badan. Jom amalkan cara yang betul untuk kawal selera makan anda. Ingat pesan saya?? Anda perlu capai berat badan yang IDEAL bukannya KURUS!! 😉

Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan masalah ini?

(1) Minum terlalu banyak minuman manis – Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh ‘menipu’ otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

(2) Makan makanan bertin – Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi – Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran – Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(5) Tidak minum teh kurang gula – Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak – Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.

(7) Kebosanan – Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.

*sumber

Bila anda dah tau punca-punca kenapa anda cepat lapar..jadi bolehla anda kawal selera makan anda lepas ni yer? Ambil peluang untuk yang nak kurus tu di bulan puasa ni..Nanti raya da boleh muat baju2 yang cun melecun itu.. ;p Anda juga boleh cuba amik makanan yang indeks glisemikny rendah seperti ESP.

Bagaimana ESP mengurangkan rasa lapar

ESP atau nama glamornya Energizing Soy Protein..kemudian re-branding tukar kepada ESP~Soy Protein Isolate Powder 😉 

Soy Protein Isolate Powder

Antara fungsi utama ESP

  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Indeks glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

Jadi, macam mana ESP ni boleh bantu korang untuk kawal makan especially untuk orang-orang yang memang dalam proses untuk turunkan berat badan. Nak kurus tapi asyik tak berjaya je sebab tak tahan lapar.

Jom kita tengok gambarajah ni.

kawal makan

credit picture http://www.facebook.com/ummu.ainan

Semestinya ia ada kaitan dengan indeks glisemik yang ada dalam ESP tersebut. 

Makanan yang mempuyai indeks glisemik yang rendah akan membebaskan glukosa secara perlahan dan teratur, manakala makanan dalam kategori indeks glisemik tinggi akan menyebabkan paras glukosa darah meningkat dengan cepat. 

Indeks glisemik?..apa tu?? Pernahkah anda terfikir apa yang dimaksudkan dengan indeks glisemik dan kaitannya dengan berat badan ideal? Indeks glisemik adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa darah. Makanan yang tergolong dlm indeks glisemik rendah lambat dicerna dan diserap, meningkatkan paras glukosa dan insulin secara lebih perlahan dan lebih bermanfaat untuk kesihatan berbanding makanan dlm kategori indeks glisemik tinggi yang cepat mencerna dan memberi kesan sebaliknya.

Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh ‘menipu’ otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. –sumber

Untuk pesakit gastrik, amatlah penting untuk tidak membiarkan perut anda rasa lapar yang berpanjangan lebih-lebih lagi apabila anda berpuasa. Pastikan anda mengambil lebih banyak makanan yang berindeks glisemik rendah dan sederhana dlm menu harian serta senaman secara berkala juga berhubung kait dlm proses mencapai berat badan IDEAL dan bukannya KURUS!!