Tag Archives: omega guard

Ubat batuk kanak-kanak yang tidak membahayakan kesihatan

Ubat batuk dan rasa mengantuk..memang tak dapat dipisahkan. Seringkali kita dengar kes dekat suratkhabar, televisyen, facebook dan macam-macam lagilah cerita kanak-kanak yang dijaga oleh pengasuh diberi ubat batuk. Kononnya mudah nak jaga budak-budak. Iyelah..dah budaknya tido je manjang. Nauzubillahiminzalik..Minta dijauhkanlah dari anak-anak kecil ni dari jadi mangsa orang yang tak bertanggungjawab. Ubat batuk ni memang membahayakan kesihatan jika penggunaannya tidak dikawal.

Alhamdulillah..pengasuh anak-anak saya memang tak suka bagi ubat batuk walaupun batuk. Kalau terpaksa bagi pun..kurangkan dos..sebab mengantuk nanti katanya. Kesian kat budak jadi kurang makan sebab tidur je. Saya sendiri pun kalau boleh memang elakkan dari beri ubat batuk. Lagipun tak elok untuk kesan jangka panjang lebih-lebih lagi kanak-kanak bawah usia 2 tahun. Menurut FDA (Food and Drugs Administration) di Amerika Syarikat, ubat batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun; kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak disyorkan untuk diberi ubat batuk dan selsema.

Ada ke ubat batuk untuk kanak-kanak yang tak bagi kesan mengantuk?

Ada..cumanya kita tak panggillah ubat batuk 🙂 .. Banyak cara dan petua yang boleh ibu bapa cuba untuk hilangkan batuk pada kanak-kanak. Antara kaedah rawatan semulajadi yang boleh ibu bapa cuba ialah:

1. Teh limau madu yang suam

Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. Tapi jangan bagi pada bayi yang umur kurang daripada setahun sebab kemungkinan mengandungi spora botulinum (jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius). Spora ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa mempunyai sistem pertahanan yang kuat. 

For children ages 2 to 5 years use 1/2 teaspoon, children between 6 – 12 use 1 teaspoon and children 12 year and older use 2 teaspoons. It can be given 2 – 4 times daily as needed for cough. 

Kombinasi madu dan lemon pun ok untuk legakan batuk dan sakit tekak.

2. Pengambilan cecair yang mencukupi

Jika bayi masih menyusu, berilah anak anda minum susu ibu (jika masih di bawah 2 tahun)…banyakkan air suam, jus atau sup ayam untuk pastikan badan anak anda cukup air dan tidak dehydrate. Jangan beri anak anda minuman berkarbonat atau sitrus, sebab ianya boleh menyebabkan rasa sakit / gatal tekak.

3. Stokin bawang putih (Garlic Socks)

Mudah je cara nak buat ni. Ambil je 2 atau 3 ulas bawang putih, kemudian ketuk atau penyekkan je. Campur dengan beberapa titis minyak zaitun lepas tu biar sekejap dalam 10 minit. Lepas tu letak atas kapas dan tampal pada kaki anak. Kemudian pakaikan stokin.

4. Pediatric Tuina Massage

Jika urutan kena pada caranya, ia boleh legakan batuk. Anda boleh rujuk bagaimana nak buat teknik urutan ni.

Selain daripada tips dan petua di atas, anda juga boleh memberikan anak suplemen. Ramai yang tak tahu minyak ikan juga boleh melegakan batuk dan kahak.  Omega Guard yang mengandungi Omega 3, DHA dan EPA dapat membantu mengatasi masalah batuk dan keradangan di bahagian tekak. Kadang kala, batuk yang kuat akan menyebabkan rasa sakit tekak dan perit akibat jangkitan kuman yang telah pun merebak di bahagian tersebut.

Ramai ibu yang dah pun cuba berikan Omega Guard ni untuk anak mereka seperti anak Pn Ummi Lin yang menghidap semput.

rawat semput

Lagi pengalaman ibu lain yang menjadikan Omega Guard sebagai suplemen untuk membantu melegakan batuk pada kanak-kanak.

ubat batuk kanak-kanak

Sekiranya berminat, boleh hubungi saya di 013 9395771 melalui SMS/Whatsapp 🙂

Elakkan minum ubat batuk ketika hamil

Kali ni saya nak kongsikan sedikit cerita mengenai ubat batuk ni. Dulu, memang saya suka sangat makan ubat batuk especially ubat batuk cap kelapa laut..hehe..sedap! Lega tekak rasa. Tapi, bila dah mengandung ni, tak boleh suka-suka hati nak minum ubat batuk kan? Haruslah dapat nasihat daripada doktor dulu sebelum ambil apa-apa ubatan. Risau boleh mengancam nyawa ibu dan juga bayi dalam kandungan. Boleh juga baca tulisan daripada Dr. Zubaidi mengenai ubat batuk yang selamat untuk wanita hamil tapi of course lah perlu jumpa doctor ya. Bukan beli sendiri dekat farmasi ke apa. Waktu saya hamil anak kedua, kena batuk yang agak teruk..berbulan-bulan juga lah. Pergi jumpa doctor, doctor bagi ubat batuk yang paling tak kuat..itu pun sebab dah kesian sangat pergi beberapa kali tapi tak sembuh-sembuh sampai doctor cakap..sabar jelah ye sampai bersalin nanti 🙂 Agaknya alahan mengandung la tu kot. Lagipun, waktu hamil ni, memang immune system kita lemah sikit daripada biasa.

Saya cuba amalkan beberapa petua yang orang bagi. Contohnya, telan madu, telan kicap + perahan limau, amalkan air suam..tapi still batuk cenggitu jugak. Paling best, tiap-tiap hari wajib kemam strepsils..hehe.. Sampai lah waktu nak bersalin pun masih lagi batuk. Nasib baiklah waktu nak meneran tak batuk.hahaha..kalau tak..haru je ;p Lepas bersalin, automatic batuk tu beransur-ansur hilang..mungkin juga Allah nak bagi ujian pada saya ni untuk gugurkan dosa-dosa saya kan, segalanya ada hikmah yang tersembunyi. Teruk ke batuknya? Ye, tapi teruk waktu malam je..siang macam takde apa sangat pun. Korang boleh baca pengalaman saya kena batuk kahak yang berpanjangan.

penawar batuk

Bila mengandung kali ketiga ni, saya dah tau apa yang perlu saya lakukan. Bila saya mula batuk, saya terus amalkan minum air suam yang dibancuh dengan madu dan lemon. Selain tu, saya telan 2 – 3 biji omega guard setiap hari. Alhamdulillah, it works! Malam selepas saya makan omega tu, batuk agak teruk tapi tekak lega sebab dapat keluarkan kahak. Saya teruskan je untuk 2-3 hari..Alhamdulillah tak perlu lagi minum ubat batuk. Lepas tu, saya stop lah makan Omega Guard, sebab kandungan saya dah pun 35 minggu waktu ni. Omega ni boleh cairkan darah..jadi sangat tak digalakkan untuk ambil hujung kehamilan sebabnya risau HB boleh drop. Kadang terfikir, alahai kenapalah saya tak cuba Omega Guard ni dulu…(Masa tu saya tak tahu pun Omega Guard ni bleh bantu legakan batuk & cairkan kahak) hehe..Takpela, orang cakap better late then never! Jumpa juga penawar batuk kahak saya ni. Lagi pun, memang ada kajian yang menunjukkan Omega-3 dapat membantu mengatasi masalah sistem pernafasan. Lagipun, tak rugi pun amalkan dari usia kehamilan 4 bulan sebab memang bagus untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan dan juga kesihatan ibu.

Jadi, kalau korang pun mengalami masalah yang sama, mungkin boleh cuba amalkan Omega Guard ni di samping jaga pemakanan & minuman harian tu. Air sejuk..of course elakkan teruslah..hehe..

Macam mana kalau nak order? Boleh klik je dekat link bawah ni..dan boleh terus order. Atau pun, contact je saya melalui SMS/WhatsApp di 0139395771.OrderNow

Tips mudah kawal kolestrol tanpa ubat

Kalau dulu..memang sangatlah kurang kesedaran dalam diri saya tentang kolestrol dalam badan ni. Apa lagi kalau nak kawal kolestrol..yang terlintas dalam kepala..

Alaaah…aku ni kurus je..mana de sangat kolestrol! 

Rupa-rupanya saya silap! Dan saya sedar semua tu sejak bila? of course lah sejak bila dah banyak membaca hehehhe.. ;p Jadi korang semua pun, jangan terpedaya dengan susuk tubuh anda yang kurus dan ramping itu bebas dari kolestrol ye! Mesti rajin check..sebabnya bahaya kolestrol ni boleh meragut nyawa kalau tak diatasi. Penyakit jantung dan strok adalah dua penyakit yang banyak menyerang mereka yang ada kolestrol tinggi ni. Bila teliti kembali apa yang saya makan..confirm! Memang makanan yang saya makan banyak sangat kolestrol sebab saya suka makan makanan yang berminyak, seafood macam udang, sotong, ketam..makan bukan setakat rasa..tapi melantak la juga kiranya 😉 So..tak kira badan kita ni gemuk ke, berisi ke..sederhana ke..atau kurus..semuanya terdedah kepada bahaya kolestrol ni. Unless lah kalau korang ni memang jenis yang sangat-sangatlah jaga dan amalkan pemakanan yang sihat dan juga gaya hidup yang sihat. Tapi rata-rata sekarang ni, nak bersenam pun jauh sekali kan? asyik busy dengan kerja di ofis je..tapi makan tak pernah busy! hehe..laju jek kalau order nasi lemak, char kuey teow dan sebagainya. 

Bagi mereka yang didapati tinggi kolestrol ni, biasanya doktor akan bagi ubat untuk rendahkan dan kawal kolestrol. Tapi jika anda punya pilihan untuk kawal kolestrol dalam badan tanpa menggunakan ubat, mana satu yang anda pilih?

Kawal kolestrol tanpa ubat?

Ya! Memang kita boleh kawal kolestrol dengan tidak bergantung kepada ubat-ubatan yang doktor bagi. Salah satu caranya yang saya beritahu sebentar tadi iaitu jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat. Saya kongsikan di sini artikel yang saya petik dari blog Dr.Zubaidi mengenai kajian yang telah membuktikan terdapat 4 produk sumber semulajadi yang dapat membantu merendahkan tahap kolestrol dalam badan dengan berkesan iaitu Pyhtosterols, bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan juga physilium husk.

  1. Sterol tumbuh-tumbuhan yang juga dikenali sebagai Phytosterols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolestrol. Ia terdapat pada minyak sayur-sayuran dan kekacang. Pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolestrol sebanayak 10% hingga 15%.
  2. Oat adalah bijirin yang mengandungi serat larut yang dikenali sebagai ‘beta glucan’dan terbukti merendahkan tahap kolestrol bagi mereka yang mengamalkannya.
  3. Minyak ikan Omega 3 pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisme normal kerana ianya mengandungi Asid Lemak Tak Tepu iaitu EPA bagi mengurangkan infamasi seluruh badan. Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari.
  4. Physilium husk pula adalah biji benih pokok ‘Plantago Ovate’dan biasanya digunakan untuk menangani masalah sembelit. Ia juga boleh menurunkan tahap kolestrol .

Shaklee sentiasa menawarkan produk yang berasaskan bahan-bahan semulajadi dan ianya juga turut bertindak secara semulajadi. Antara produk yang boleh mengawal tahap kolestrol dalam badan ialah Omega Guard dan juga produk terbaru Shaklee iaitu Phytocol-ST. Kajian klinikal yang telah dijalankan ke atas kedua-duanya terbukti dapat mengawal tahap kolestrol dalam badan sekaligus menurunkan risiko anda dari terdedah kepada penyakit jantung, strok, dan sebagainya.

Phytocol-ST membekalkan 2000mg Phytosterol tumbuhan setiap hari dan dirumus mantap daripada beberapa jenis phytosterol. Ianya menepati 100% keperluan harian phytosterol yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) serta tidak mengandungi tambahan pengawet, pewarna, perisa dan pemanis.

kawal kolestrol dengan phytocol-st

Harga RM197 sebotol. Dapatkan harga yang lebih jimat dengan menjadi ahli Shaklee yang berdaftar

Untuk order Phytocol-ST ;

kawal kolestrol dengan minyak ikan omega 3

Harga RM136 sebotol. Dapatkan harga yang lebih jimat dengan menjadi ahli Shaklee yang berdaftar

Untuk order Omega Guard;

Vitamin untuk Warga Emas

Apabila usia anda menginjak ke 40-an, adakah anda mengalami tanda-tanda seperti di bawah??

  • berat badan meningkat
  • kulit kering
  • muka sembap
  • rambut rapuh dan gugur
  • kerap letih
  • mengantuk
  • pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan

Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an.

Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.

Ya..waktu saya ditugaskan ke Jepun dulu, majoriti penduduknya hanya berjalan kaki untuk ke sesuatu tempat. Walaupun jauh..tapi mereka suka jalan kaki. Even bertanding ngan bos saya yang usianya 50-an gitu..Memang semput saya nak kejar!!! Hahahha.. 🙂

Menurut doktor Pakar Sakit Puan Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Dr. Suhaimi Isa, terdapat tiga gejala kesihatan yang dialami oleh wanita berusia 40 tahun ke atas. Mereka akan mengalami penuaan, perubatan seperti diabetes, darah tinggi serta kanser dan risiko kanser termasuk kanser payu dara dan rahim. Menyentuh masalah menopaus, ia biasa melanda wanita peringkat umur 50-an. Tambah beliau, jika mereka hidup sehingga 80 tahun, golongan ini ada 25 tahun untuk menempuh hidup ini. Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan.

Selain itu, golongan ini turut berisiko tinggi mengalami osteoporosis. Ketika usia semakin meningkat, tulang-tulang sendi akan mula rasa sakit khususnya tulang belakang. Dalam membuat persediaan mengawal penyakit, setiap wanita perlu mengawal cara hidup mereka dengan bijak. Selain menjaga kesihatan dengan pengambilan vitamin serta suplemen, golongan ini perlu mengambil diet yang elok. Misalnya, bagi wanita yang mengalami menopaus, metabolisma badan akan menjadi rendah. Justeru itu, mereka disaran kurangkan makan, pilih makanan berkualiti, protein tinggi, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, mereka perlu mengawal pengambilan glukosa dan karbohidrat.

Risiko terhadap osteoporosis boleh dikurangkan dengan pengambilan makanan yang seimbang. Pastikan anda mengambil cukup kalsium, magnesium dan vitamin D untuk kesihatan tulang.

Berat badan bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak.
Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti dikaitkan dengan :

  • Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
  • Penyakit Kencing Manis/ Diabetes.
  • Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
  • Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
  • Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
  • Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

Jadi, pengambilan supplement amatlah digalakkan untuk memelihara kesihatan supaya berada di tahap optimum.

Kenapa Osteomatrix?

kalsium

Osteomatrix adalah suplemen yang membekalkan Kalsium, Magnesium dan dilengkapi Vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik dalam tubuh badan.
Ostematrix Membekalkan:

  • 1,000 mg (100% Daily Value) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Kenapa Omega Guard?

omega guard

Omega guard ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya.

Pengambilan Omega Guard yang konsisten dapat :

  • Membantu mengurangkan risiko alzheimer (nyanyuk)
  • Membantu dalam proses pembelajaran.(sangat digalakkan untuk student)
  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  • Mengurangkan risiko strok
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
  • Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat

Kenapa GLA Complex?

 GLA complex

GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal.

Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopaus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
  • Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.

Kenapa Advanced Joint Health Tablets?

advanced joint health

Bila umur semakin meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ini disebabkan oleh joint discomfort.

Kadang-kadang, kalau menghadap komputer lama-lama, sakit belakang, leher, lutut..kadang2 tangan pun sakit kan sebab angkat benda berat or buat sesuatu dalam tempoh yang lama. Jadi, Joint Health Tables ni melegakan dan boleh membantu. Mengikut clinical test yang dibuat, kesannya boleh dilihat/dirasai seawal 5 hari selepas penggunaan!!

Joint Health Tablet ni membantu kita dalam 3 cara:

  1. Menyokong keselesaan sendi: Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
  2. Bertindak sebagai ‘kusyen’: Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan
  3. Memelihara tisu penyambung yang sihat: Zinc, copper, manganese and vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi denganmembekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhdap sendi.

Melalui 3 cara inilah joint health tablet dpt bantu melegakan sakit-sakit sendi..Shaklee Advanced Joint Health Tablet ni sangat2 bagus sbb ianya dihasilkan dari ramuan aktif iaitu Boswellia yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi.

credit 

SOALAN: Bagaimana jika ambil salah satu je?
JAWAPAN: Boleh..tiada paksaan. Bezanya hanya akan dapat effect yang minimum je lah.

Tak semestinya anda beli kesemua vitamin di atas, boleh ikut keperluan dan kesesuaian budget anda. Sila hubungi saya untuk konsultasi yer.

________________________________________________________________________

Pertanyaan dan order:

PM ke Facebook Tg Muzlina | Mama2R atau SMS 013-9395771 atau email ke tgmuzlina@gmail.com untuk maklumat lanjut.