Tag Archives: rambut gugur

Rambut Gugur Banyak Sangat Sampai Fobia Nak Sikat!

Rambut yang cantik dan kulit kepala yang sihat..saya pasti idaman semua orang kan? tak kira lelaki mahupun wanita. Hatta yang bertudung sekalipun, lagi lah perlukan penjagaan ekstra. Rambut gugur setiap hari adalah perkara normal sebenarnya. Tapi apa yang perlu kita risaukan ialah jika kadar pertumbuhan rambut lambat dan ini menyebabkan rambut kelihatan semakin menipis dan kepala kelihatan membotak.

cara atasi masalah rambut gugur

Bagi wanita, rambut umpama mahkota yang perlu dijaga rapi. Cuba bayangkan wanita yang takde rambut..hooo..scary!!! Kalau rambut selalu gugur, memang nampak habis kulit kepala. Walaupun bertudung boleh tutup tapi takkan duk dalam rumah pun nak bertudung 24 jam kan? Dulu macam tulah perasaan saya, rasa tak yakin dengan diri sendiri walaupun yang ada dalam rumah tu family sendiri je.

Rambut selalu gugur sampai nipis dan nampak kulit kepala. Bila sikat, banyak jugalah rambut yang lekat pada sikat.itu belum lagi mandi. Tension nak bersihkan bilik air yang penuh rambut. Sangat tak selesa. Kulit kepala jenis cepat berminyak walaupun selalu cuci rambut. Lepas tu saya cuba pulihkan kembali kulit kepala dengan Nourishing Scalp Treatment dengan tambahan zink complex untuk kuatkan akar rambut dari dalam. Alhamdulillah, lepas tu kurang dah rambut gugur dan sekarang memang dah tak ada lagi masalah tu.

Masalah rambut gugur berlebihan ni dapat diatasi dengan melakukan beberapa langkah pencegahan seperti berikut agar rambut dan kulit kepala kembali sihat.

  1. Cuci rambut setiap hari dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala supaya tidak pula timbul masalah kelemumur pada kulit kepala yang boleh mengakibatkan keguguran rambut.
  2. Pilih syampu yang sesuai dengan anda supaya rambut dan kulit kepala tidak mengalami sebarang implikasi bila menggunakannya.
  3. Elakkan terlalu kerap membuat rawatan rambut di salun kerana ia juga berpotensi untuk rambut gugur sekaligus mengakibatkan kulit kepala menjadi tidak sihat. Kebanyakan kandungan bahan kimia yang terlalu tinggi dalam produk rawatan rambut akan menyebabkan rambut cepat rosak seperti kelihatan kusam dan mudah bercabang.

Ada seorang sahabat yang hubungi saya disebabkan masalah rambut gugur ni. Katanya rambut makin menipis dan beliau nak cuba Nourishing Scalp Treatment tu. Alhamdulillah selepas hampir sebulan menggunakannya, dah nampak kesannya. Di bawah adalah perbualan antara saya dengan beliau.

cara atasi rambut gugur

 

Apa pula kata Pn. Maria ni yang dah berjaya selesaikan masalah rambut gugur beliau yang dulunya agak kronik sehinggakan rambut bersepah atas lantai bilik air.

Jika anda juga mengalami masalah rambut gugur, jangan segan untuk hubungi saya. Saya sedia membantu.

Muzlina
013 939 5771
Mama2R’s Vitamin Shoppe

 

Atasi Masalah Rambut Gugur dan Kelemumur sebelum Anda jadi BOTAK!!

KELEMUMUR? Menyebut namanya saja sudah terasa geli. Putih dan kadangkala berkuping di celahan rambut. Apatah lagi kalau melihatnya gugur, jatuh di bahu. Memburukkan keadaan apabila si empunya ketika itu mengenakan baju berwarna gelap.

Betapa kacak atau jelita seseorang, tetapi kalau begitu keadaannya, tentunya rosak penampilannya lantaran kelemumur dikaitkan dengan pengurusan diri.

Kelemumur atau nama saintifiknya pityriasis capitis adalah satu fenomena biasa yang dialami oleh 50 peratus daripada populasi manusia dan dihidapi pelbagai latar belakang masyarakat. Di Malaysia, penghidap kelemumur dianggarkan seramai 4.3 juta orang sementara di United Kingdom 11 juta, membuktikan ia masalah sering dihidapi.

Ia sebetulnya bagaikan ‘benda hidup’ yang boleh bertambah tebal, berkuping-kuping di kepala jika tidak dirawat sedari awal.

Pakar Perunding Kanan Dermatologi Dr Steven Chow Kim Weng, berkata keadaan ini disebabkan oleh kehadiran sejenis yis iaitu malassezia globosa pada permukaan kulit kepala yang memakan lipid atau sebum kulit.

Ia kemudiannya mengeluarkan sejenis molekul yang dirembeskan dan keadaan itu menyebabkan iritasi atau kegatalan pada kulit kepala. Ia adalah punca kulit kepala menjadi berkuping dan terjadilah kelemumur yang bagaikan kepingan salji jatuh ke bumi itu.

“Keadaan cuaca seperti iklim tropika sepanjang tahun di negara ini, menyebabkan individu terdedah kepada cuaca panas, habuk dan kotoran, yang boleh menyebabkan masalah kepada kulit kepala. Ramai penduduk Malaysia mengalami masalah kelemumur tetapi tidak dihebahkan. Ada sesetengah individu yang mempunyai tabiat suka menggaru kepala disebabkan iritasi kelemumur.

“Kelemumur boleh membuatkan seseorang itu menggaru kulit kepala secara berlebihan untuk menghilangkan kegatalan. Namun, ia boleh menyebabkan kulit kepala rosak. Apabila seseorang menggaru kulit kepala, ia menyebabkan lapisan yang melindungi rambut akan terhakis dan lama-kelamaan pecah,” kata Dr Steven Chow Kim Weng.

Terangnya lagi, kajian klinikal menunjukkan, rambut yang berhadapan masalah kelemumur ‘sakit’ apabila rambut sekitar kawasan dihinggapi, tidak begitu berkilat atau anjal, iaitu keadaan menunjukkan tanda bahawa kualiti rambut merosot, selain strukturnya yang semakin lemah.

“Rambut yang lemah senang putus dan akan menyumbang kepada masalah rambut gugur, baik bagi lelaki mahu pun wanita. Kehadirannya menyebabkan seseorang itu mula rasa tidak selesa kerana kulit kepala gatal dan mereka akan asyik menggaru hinggalah masa tidur boleh terganggu akibat kegatalan,” katanya yang turut mengakui ia menjadi punca individu berhadapan dengan masalah rambut rosak atau gugur.

Sebetulnya terdapat pelbagai jenis masalah kelemumur. Ia bukan saja terdapat pada bahagian kulit kepala, dengan keadaan seperti serbuk putih, tetapi dalam kes yang teruk, ada jenis berkuping dan merebak hingga ke bahagian lain termasuk kening, hidung, dahi dan bahagian belakang telinga.

Masalah kelemumur juga dihadapi mereka yang mengambil steroid bagi mengubati penyakit dan bayi yang baru lahir, tetapi untuk bayi ia dipanggil cradle cap.

Disebabkan kelemumur tidak akan hilang dan akan kembali menyerang, perlu bagi individu menjaga kebersihan rambut dan menggunakan syampu rumusan antikelemumur yang diperkaya dengan bahan antikulat, untuk mencegahnya kembali berulang.

Banyak mitos berhubung kelemumur, termasuk lelaki lebih ramai mengidap kelemumur dan menggunakan perapi boleh menyebabkan timbul kelemumur. Jelas Kim Weng, masalah ini boleh diatasi dengan pengurusan diri yang baik, termasuk mencuci rambut menggunakan syampu rumusan antikelemumur selain berjumpa doktor jika masalah berkenaan semakin teruk.

Sementara itu, saintis Procter & Gamble (P&G), Dr Jasmine Karsono, berkata, walaupun masalah kelemumur bukannya penyakit hingga mengancam nyawa, kehadirannya mampu menggoyahkan keyakinan diri dan membawa kepada imej sosial yang negatif.

“Walaupun terdapat banyak syampu antikelemumur di pasaran, ramai pengguna mengadu selepas sekian lama, kelemumur akan muncul kembali. Ini kerana kebanyakan syampu hanya merawat simptom tetapi tidak mampu mengenal pasti punca sebenar, iaitu kulit kepala yang tidak sihat atau kurang nutrien,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Menyedari keperluan pengguna shampoo yang mengalami masalah rambut dan kulit kepala, Shaklee mengeluarkan Rangkaian Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala yang dilengkapi dengan vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk kesihatan rambut dan kulit kepala. Hasilnya rambut menawan dan kulit kepala kekal segar dan sihat sentiasa. Tiada lagi masalah rambut gugur dan mahupun kelemumur yang mengganggu aktiviti harian anda.

Cara penggunaan Prosante Hair Care.

Seperti yang diketahui umum, kesihatan kulit kepala dan rambut juga bermula dari dalam Jadi, bagaimana pula dengan penjagaan dalaman?

Credit info to P.A.F

1. PROTEIN

Kekurangan protein dalam badan adalah antara punca rambut tak sihat, gugur dan rapuh, kerana rambut dibuat daripada protein! Tapi banyak mana protein yang kita perlukan dalam sehari? Bergantung sebenarnya kepada peratus lemak dalam badan, berat badan dan aktiviti fizikal seharian kita. lebih banyak aktiviti fizikal, lebih banyak protein diperlukan dalam diet harian, bagi membolehkan protein memperbaiki dan membentuk otot badan. dan lebih banyak protein diperlukan untuk ibu hamil atau mereka yang terdedah kepada radiasi, mereka yang mudah dapat jangkitan penyakit. antibodi yang kita perlukan untuk melawan penyakit dibuat daripada protein. sebab tu kita perlu jumlah yang cukup untuk keperluan harian dan badan kita.

2. ZINK

Kekurangan zinc (dan mineral lain) berkait dengan keguguran rambut kerana ia boleh menyebabkan helaian rambut menjadi lemah dan lambat untuk tumbuh semula. apabila kita ada zinc yang cukup, ia membantu mempercepatkan pembentukan semula sel, pembinaan tisu dan pembaikan semual tisu yang rosak. zinc juga penting untuk maintain pengeluaran minyak di kelenjar yang melekat pada folllicle rambut, jadi rambut jadi lebih kuat.

3. B COMPLEX

Biotin dalam b-complex adalah sumber yg paling penting bagi pertumbuhan semula rambut. Bagaimana b-complex membantu masalah keguguran rambut? Pengambilan b-complex memastikan pengumpulan kolestrol pada kulit kepala dapat dikawal, memperbaiki aliran darah ke kulit kepala, menggalakkan pertumbuhan rambut, melindungi rambut dan kulit kepala kepada radikal-radikal bebas yg merosakkan, melebatkan rambut dan menyihatkan rambut supaya ia bersinar dan tidak rapuh.

4. MULTIVITAMIN

Apa lagi vitamin lain yang diperlukan untuk kesihatan rambut? vitamin A, H(Biotin), C dan E adalah antara yang utama diperlukan. jika product rambut yang kita beli tak menampakkan hasil, cuba lihat diet seharian dan pastikan vitamin-vitamin ini ada dalam makanan yang kita ambil.

Nak dapatkan semua ni dengan cukup setiap hari? saya cadangkan anda cuba ESP untuk sumber protein lengkap, Zinc complex, B-complex dan Vitalea bagi mengatasi masalah rambut gugur anda. kalau tak dapat nak pastikan semua ni ada dalam menu seharian anda, ini adalah jalan kedua terbaik kan?

Mari kita lihat apa kata pengguna yang dah cuba Prosante Hair Care ni. Credit to LifeFit.my untuk koleksi testimonial.

Apa pula kata pengguna yang mengamalkan supplement untuk mengatasi rambut gugur?

Kami pun ada testimoni live yang pernah ada masalah rambut gugur ni. Apa yang beliau buat untuk selesaikan masalah rambut gugur beliau?

Hubungi saya untuk mengetahui mana yang perlu untuk masalah rambut dan kulit kepala anda. PM saya di http://www.facebook.com/Mama2R atau SMS 013 939 5771 untuk konsultasi. 

Vitamin untuk Warga Emas

Apabila usia anda menginjak ke 40-an, adakah anda mengalami tanda-tanda seperti di bawah??

  • berat badan meningkat
  • kulit kering
  • muka sembap
  • rambut rapuh dan gugur
  • kerap letih
  • mengantuk
  • pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan

Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an.

Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.

Ya..waktu saya ditugaskan ke Jepun dulu, majoriti penduduknya hanya berjalan kaki untuk ke sesuatu tempat. Walaupun jauh..tapi mereka suka jalan kaki. Even bertanding ngan bos saya yang usianya 50-an gitu..Memang semput saya nak kejar!!! Hahahha.. 🙂

Menurut doktor Pakar Sakit Puan Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Dr. Suhaimi Isa, terdapat tiga gejala kesihatan yang dialami oleh wanita berusia 40 tahun ke atas. Mereka akan mengalami penuaan, perubatan seperti diabetes, darah tinggi serta kanser dan risiko kanser termasuk kanser payu dara dan rahim. Menyentuh masalah menopaus, ia biasa melanda wanita peringkat umur 50-an. Tambah beliau, jika mereka hidup sehingga 80 tahun, golongan ini ada 25 tahun untuk menempuh hidup ini. Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan.

Selain itu, golongan ini turut berisiko tinggi mengalami osteoporosis. Ketika usia semakin meningkat, tulang-tulang sendi akan mula rasa sakit khususnya tulang belakang. Dalam membuat persediaan mengawal penyakit, setiap wanita perlu mengawal cara hidup mereka dengan bijak. Selain menjaga kesihatan dengan pengambilan vitamin serta suplemen, golongan ini perlu mengambil diet yang elok. Misalnya, bagi wanita yang mengalami menopaus, metabolisma badan akan menjadi rendah. Justeru itu, mereka disaran kurangkan makan, pilih makanan berkualiti, protein tinggi, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, mereka perlu mengawal pengambilan glukosa dan karbohidrat.

Risiko terhadap osteoporosis boleh dikurangkan dengan pengambilan makanan yang seimbang. Pastikan anda mengambil cukup kalsium, magnesium dan vitamin D untuk kesihatan tulang.

Berat badan bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak.
Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti dikaitkan dengan :

  • Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
  • Penyakit Kencing Manis/ Diabetes.
  • Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
  • Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
  • Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
  • Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

Jadi, pengambilan supplement amatlah digalakkan untuk memelihara kesihatan supaya berada di tahap optimum.

Kenapa Osteomatrix?

kalsium

Osteomatrix adalah suplemen yang membekalkan Kalsium, Magnesium dan dilengkapi Vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik dalam tubuh badan.
Ostematrix Membekalkan:

  • 1,000 mg (100% Daily Value) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Kenapa Omega Guard?

omega guard

Omega guard ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya.

Pengambilan Omega Guard yang konsisten dapat :

  • Membantu mengurangkan risiko alzheimer (nyanyuk)
  • Membantu dalam proses pembelajaran.(sangat digalakkan untuk student)
  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  • Mengurangkan risiko strok
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
  • Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat

Kenapa GLA Complex?

 GLA complex

GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal.

Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopaus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
  • Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.

Kenapa Advanced Joint Health Tablets?

advanced joint health

Bila umur semakin meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ini disebabkan oleh joint discomfort.

Kadang-kadang, kalau menghadap komputer lama-lama, sakit belakang, leher, lutut..kadang2 tangan pun sakit kan sebab angkat benda berat or buat sesuatu dalam tempoh yang lama. Jadi, Joint Health Tables ni melegakan dan boleh membantu. Mengikut clinical test yang dibuat, kesannya boleh dilihat/dirasai seawal 5 hari selepas penggunaan!!

Joint Health Tablet ni membantu kita dalam 3 cara:

  1. Menyokong keselesaan sendi: Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
  2. Bertindak sebagai ‘kusyen’: Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan
  3. Memelihara tisu penyambung yang sihat: Zinc, copper, manganese and vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi denganmembekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhdap sendi.

Melalui 3 cara inilah joint health tablet dpt bantu melegakan sakit-sakit sendi..Shaklee Advanced Joint Health Tablet ni sangat2 bagus sbb ianya dihasilkan dari ramuan aktif iaitu Boswellia yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi.

credit 

SOALAN: Bagaimana jika ambil salah satu je?
JAWAPAN: Boleh..tiada paksaan. Bezanya hanya akan dapat effect yang minimum je lah.

Tak semestinya anda beli kesemua vitamin di atas, boleh ikut keperluan dan kesesuaian budget anda. Sila hubungi saya untuk konsultasi yer.

________________________________________________________________________

Pertanyaan dan order:

PM ke Facebook Tg Muzlina | Mama2R atau SMS 013-9395771 atau email ke tgmuzlina@gmail.com untuk maklumat lanjut.