Tag Archives: saluran susu tersumbat

Petua Merawat Bengkak Susu

Pernah tak antara ibu semua yang mengalami bengkak susu? Biasanya kalau ibu masih dalam tempoh berpantang..memang mudah terkena bengkak susu kerana badan masih dalam proses penyesuaian dengan kehendak bayi. Bila anda dah mula bekerja..anda perlu pastikan jadual mengepam dipatuhi untuk mengelakkan berlakunya bengkak susu.

Dan hari tu..waktu saya ada aktiviti kokurikulum..disebabkan masa yang padat dan masa yang agak lama berada dalam gua..balik ke hostel terus pam..Lepas pam..marmet..lepas marmet..pam plak..tapi susu tidak keluar pun..huhu..sakit dan sensitif yang amat..nak marmet dah tak tertahan sakit..badan dan belakang pun sakit..badan dah mula seram sejuk macam nak demam. Malamnya ada aktiviti barbeque tapi saya join sekejap jelah sebab tak tahan..demam sampai menggigil. Bila saluran susu dah tersumbat…sakit wooo..nak buat ape pun tak boleh. Meleleh air mata sebab sakit sangat. Nak bersalin pun tak nangis tau. huhu..Nak tuam tapi takde air panas. 🙁 Jadi entri kali ni saya nak share serba sedikit apa yang saya buat untuk atasi masalah bengkak susu tu.

Apakah sebabnya payudara bengkak dan sakit?

Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu di sekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak.

Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras. Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk merawat payudara bengkak?

Pertama, ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk menyusui bayi anda, dan tidak lama lagi, dengan bantuannya, anda akan menghasilkan jumlah yang sesuai. Sehingga itu:

  • Pakailah bra menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
  • Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.
  • Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
  • Jika payudara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
  • Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
  • Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien. 
  • Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.

Pandang ke hadapan. Anda akan melepasi fasa ini dengan cepat dan tidak lama lagi dapat menikmati hubungan penyusuan dengan bayi anda yang sedang membesar.

Sumber bagi petua merawat bengkak susu di atas.

Tips dan petua di atas kebanyakannya boleh dilakukan ketika anda bersama bayi. Waktu saya terkena bengkak susu. Aktiviti yang memakan 3 hari 2 malam..of course lah berjauhan dengan si comel Arissa. Time tu gak rasa terus nak balik. 🙁

Jadi kat bawah ni yang saya buat untuk meredakan kesakitan dan merawat bengkak susu yang dialami. Terus terang saya cakap mmg tak berani buat sampai sekarang utk letak kubis tu risau ada org ckp boleh keringkan susu..hehe..Lagi pun mana nak cekau kubis waktu tu..hahahha.

  • Gunakan teknik marmet (perah ngan tangan) sambil buat sedikit urutan untuk pastikan saluran susu lancar dan tidak tersumbat. Tapi sebab sakit sangat..marmet pun tak jalan gak sebab sakit nak tekan tekan.
  • Telan 3 biji lecithin
  • Minta tolong kawan urutkan di bahagian belakang badan untuk legakan urat dan saluran susu.
  • Sambil pam, tengok gambar Arissa dan cuba relaks dan tenangkan minda. Buat sedikit urutan. Alhamdulillah..it works!! Walaupun masih ada lagi sisa yang dah keras.
Teruskan pam macam biasa dan lebihkan urutan di bahagian yang dah keras. Alhamdulillah semuanya back to normal.

Oh ya….apa kaitannya lecithin dengan masalah bengkak susu yang saya hadapi?

Menurut Kelly Bonyata yang merupakan IBCLC (International Board Certified Lactation Consultant) ;

“Lecithin has been recommended to combat recurrent plugged ducts. The usual recommended dosage for recurrent plugged ducts is 3600-4800 mg lecithin  per day, or 1 capsule (1200 milligram) 3-4 times per day. After a week or two with no blockage, mom can reduce the dosage by one capsule. If there is no blockage within another 2 weeks she can reduce it again by one. Mom may need to continue taking 1-2 capsules per day if stopping the lecithin leads to additional plugged ducts.”

Sebiji lecithin mengandungi 530mg lecithin. Sebab tulah saya makan 3 biji lecithin malam tu. Dan lepas ni..of course lecithin adalah first aid kit saya 😉
Tak rugi tau makan lecithin ni.. Klik sini untuk tau khasiatnya. Bagaimana untuk mendapatkannya? Hubungi saya di 013 939 5771 (SMS | WhatsApp) atau email tgmuzlina@gmail.com untuk maklumat lanjut. Klik ‘LIKE’ pada fanpage http://www.facebook.com/Mama2R untuk sebarang info dan promosi.