Tag Archives: set bersalin shaklee

Luka bersalin cepat sembuh dengan Set Berpantang Shaklee

Alhamdulillah ramai kawan-kawan saya sedang dalam tempoh berpantang dan ada juga yang baru je habis berpantang. Apapun, tahniah sekali lagi atas kelahiran cahaya mata yang dinanti! 🙂 Bila bercerita tentang berpantang, ramai ibu yang tak terkecuali dari mengalami luka bersalin. Sangat bertuah bagi yang langsung tidak mengalami luka bersalin atau pun ‘dijahit’. Oh..sungguh NGERI bila dengar kena jahit okeh! Ingat lagi waktu saya mengandung anak pertama..beria betul nak bersalin dekat hospital swasta sebab takut kena jahit!!! Luka episiotomi namanya kalau bahasa doktor. Hahahha..macam lah dekat swasta tak kena jahit..ye dok?

Luka bersalin yang normal..tidaklah terlalu teruk kebiasaannya akan pulih dalam masa 2 minggu. Ada yang lebih teruk mungkin 3-4 minggu atau lebih daripada tu! Kalau lama sangat tu means ada something problem lah..kena hati-hati sebab takut jangkitan kuman. Bagi yang pertama kali cuba set berpantang shaklee dan pertama kali melahirkan cahaya mata mungkin tak dapat lah nak rasa perbezaannya tapi semuanya beri feedback yang positif! Badan rasa cergas dan luka bersalin cepat sembuh.

Seringkali bila saya follow up sahabat-sahabat saya yang sedang makan Set Berpantang Shaklee ni jawapannya hampir sama

Testimoni dari sahabat saya Yanti, katanya..

Ada perasan yang luka cepat sembuh

Kata Pn.  Wanie Suhaimi pula..walaupun baru 8 hari jer berpantang tapi rasa sihat macam sebulan dah! Beliau rasa lebih segar dan cergas, luka bersalin pun dah baik, tiada rasa sakit urat atau lenguh tulang sampai rasa nak melompat! Hahaha..tapi agak kelakar tapi itulah realitinya!!! Perut kempis dan yang paling digeruni oleh ibu selepas bersalin ialah no more sembelit! 🙂 Bestkan?

Testimonial_Set berpantang shaklee

Ini pula kata Pn. Viviar Ar. Luka episiotomi sembuh dalam masa seminggu lebih. Siap boleh duduk bersila! Tapi saya sendiri cadangkan ibu-ibu yang mengambil Set Berpantang Shaklee ni kena control sikit lah pergerakan yer. Maklumlah ibu dalam pantang..walaupun luaran nampak kuat tapi sebenarnya fizikal kita masih ‘fragile’ gitu 🙂  Dan bonus yang beliau dapat, kulit muka jadi glowing 😉

Testimonial_Set berpantang shaklee 2

Memang sangatlah berbeza tau kalau ibu dalam pantang yang kurang darah akan nampak pucat dan lesu. Jangan lah macam tu ye, ibu kena ingat..walaupun sedang berpantang..anak dan suami tetap perlu kita jaga. Cuma pergerakan tu berpada-pada lah yer. Dan jagalah kesihatan ibu waktu berpantang..kalau taknak makan Set Bersalin Shaklee pun tak apa..yang penting ikut nasihat orang2 lama..makan ubat periuk dan segala tok nenek yang dicadangkan tu..asalkan tak memudaratkan kesihatan. Ikuti kisah saya berpantang pula dengan Set Bersalin Shaklee 

OrderNow

[Berpantang selepas bersalin] Jamu vs Supplement, mana satu set berpantang terbaik?

Sungguhpun sekarang ni zaman moden..tapi amalan berpantang selepas bersalin masih lagi perlu dititikberatkan. Sewaktu proses kelahiran, badan ibu mengalami kecederaan yang agak teruk samaada dari segi dalaman dan juga luaran. Tempoh berpantang selepas bersalin tetap perlu dilalui oleh ibu yang bersalin normal atau pun melalui pembedahan.

Proses kelahiran yang panjang dan juga menyakitkan pasti membuatkan badan ibu sangat lemah dan perlu menjalani proses pemulihan. Sepanjang tempoh berpantang, ibu digalakkan untuk menjaga pemakanan dan juga pergerakan supaya badan cepat pulih dan kembali seperti sedia kala.

Kalau dulu..jamu yang jadi pilihan utama untuk ibu berpantang selepas bersalin tapi sekarang ramai ibu yang telah menyedari kepentingan supplement/vitamin untuk membantu ibu mengembalikan kecergasan badan lebih-lebih lagi penyusuan susu ibu sepenuhnya menjadi piliihan ibu masa kini.

Jadi, antara jamu dan supplement, mana satukah set berpantang terbaik? Tak dinafikan jamu ada kelebihannya yang tersendiri seperti dapat memanaskan badan dan merawat dari dalam tapi kelemahan utama jamu ialah ibu tak dapat makan kalau anak terkena jaundice/demam kuning. Kalau anak kena lak prolongue jaundice iaitu kuning yang berpanjangan dan adalanya sehingga 2 bulan..jadi selama tempoh itu juga badan ibu tak dapat rawatan dari dalam. Akibatnya badan ibu akan lemah, cepat letih, dan kemungkinan juga stress sentiasa membelenggu. Macam mana nak uruskan anak yang kerap bangun malam dengan tak cukup tidur dan badan yang amat lemah. Suami dan juga anak-anak yang lain tetap perlu diuruskan.

Saya juga memilih SET BERSALIN SHAKLEE bila berpantang selepas bersalin anak kedua. Anda boleh baca cerita lanjut di SINI.

Dan inilah  satu-satunya set berpantang terbaik yang boleh dikongsi seisi keluarga 😉 Bayi, Ibu dan ayah semua boleh dapat khasiatnya..wah..best kan? 🙂

Ramai ibu yang berpuas hati bila berpantang dengan set bersalin shaklee ni sebab :

  • Badan ibu rasa cergas, bertenaga dan tidak mudah letih walaupun tidak cukup tidur kerana terpaksa berjaga sepanjang malam melayan kerenah bayi.
  • Perkara yang paling ditakuti oleh semua ibu selepas bersalin ialah SEMBELIT! Ostematrix dan ESP melancarkan sistem perkumuhan ibu..memang lawasssss!
  • Bila bangun pagi, badan rasa segar dan tiada lagi sakit belakang.
  • Proses pemulihan yang lebih cepat jadi luka pun cepat sembuh.
Dalam pantang, ibu2 digalakkan makan ikan haruan kan..sebenarnya kandungan zink yang tinggi dalam ikan haruan itulah yang menyebabkan luka cepat pulih. Sebab tulah set bersalin shaklee ada zink complex untuk mempercepatkan pemulihan luka.
Jadi terserahlah kepada anda semua untuk menilai dan memilih set berpantang terbaik. Secara peribadinya, saya lebih sukakan pengambilan supplement untuk berpantang..tapi dalam masa yang sama saya juga mengamalkan air akar untuk memanaskan badan 🙂 Yang paling penting, set bersalin shaklee ni selamat untuk ibu dan bayi..tiada kesan sampingan yang negatif.

Set Bersalin Shaklee semakin mendapat tempat di hati ibu-ibu masa kini. Tak percaya? Meh tengok apa lagi kata mereka mengenai set bersalin shaklee ni.

Namun perlu diingat, penyusuan susu ibu bukan bergantung kepada supplement semata-mata. Ibu tetap perlu mematuhi konsep asa penyusuan susu ibu iaitu demand vs supply. Bagi anda yang mendapatkan Set Bersalin Shaklee daripada saya, anda layak untuk mendapat FREE CONSULTATION mengenai penyusuan susu ibu dari saya. Sewaktu dalam tempoh berpantang, sangatlah penting untuk ibu cepat2 mencari penyelesaian jika ada masalah dalam penyusuan susu ibu.

 OrderNow