Tag Archives: stress

Shaklee Breastfeeding Set..mana satu nak pilih?

Baru petang tadi saya ke rumah seorang pelanggan yang meminta saya consult mengenai Shaklee Breastfeeding Set. Sebelum ni memang dia pun pernah makan vitamin Shaklee..jadi lebih mudah kerja saya tak perlulah beria nak cerita mengenai vitamin Shaklee ni..hehe.. Bezanya dia makan sebelum ni bukan untuk tujuan breastfeeding.

Bila kita bercerita mengenai breastfeeding atau pun penyusuan susu ibu ni..memang tak boleh lari dari konsep demand vs supply. Selagi ada permintaan susu dari bayi, selagi tulah susu akan dikeluarkan. Konsep yang sangat mudah kan? 🙂 Ramai ibu yang sering salah anggap mengenai Shaklee Breastfeeding Set..ibu beranggapan bila makan vitamin ni susu terus melimpah ruah tanpa perlu buat apa2. Dan yang paling penting ibu kena tau kenapa dia makan Shaklee Breastfeeding Set ni dan fahami macam mana vitamin ni dapat bantu ibu untuk dapatkan hasil pengeluaran susu seperti yang kita nak. Bagi pelanggan saya, dah jadi tanggungjawab saya untuk bantu anda menjayakan penyusuan susu ibu untuk si comel anda.

Inilah si comel Arissa..Alhamdulillah exclusive bf dan sekarang masih fully bf 🙂 Usia 9 bulan dah nak berjalan.

Tujuan asal kita makan vitamin adalah untuk kesihatan. Shaklee Breastfeeding Set adalah vitamin yang melengkapkan mana-mana keperluan nutrisi ibu yang tidak dipenuhi. Kalau tak makan vitamin pun, ibu tetap boleh tambah susu badan kalau kena caranya. Ibu zaman sekarang ramai yang dah bekerja untuk bantu ekonomi keluarga..tapi dalam masa yang sama tetap nak kena kemas rumah, masak untuk suami dan anak-anak, buat kerja-kerja rumah yang tak pernah habis. Kalau ibu tak cukup stamina, memang balik je kerja dari office terus terjelepuk keletihan..tambah lagi kena menyusukan si kecil dan melayan anak-anak lain yang semakin lasak. Situasi macam ni kadang boleh menimbulkan suasana dan mood yang tegang pada kita sebagai ibu kan? Dengan bebanan kerja kat office lagi..haisshhh..macam-macam lah kalau nak cerita kat sini. Masing-masing ada masalah kan? Jadi, di sinilah peranan Shaklee Breastfeeding Set untuk bantu ibu untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari. Setiap vitamin dalam set breastfeeding ni ada fungsi yang tersendiri. Contohnya B Complex adalah anti-stress semulajadi..jadi takdelah mood kita pun muncung je manjang bila serabut dengan kerja dan juga perangai anak-anak. Selain bagi tenaga, B complex ni memang bleh buat kita cool jek. Pernah tak ibu pam susu waktu stress tapi susu agak  malu2 je nak keluar.Haaaa…kan? Sebab pengeluaran susu pun berkait rapat gak dengan emosi kita. Cuba pam waktu kita tengah happy sangat..Mesti terkejut dan teruja dengan hasilnya…susu pun laju je keluar dan kadang-kadang boleh dapat luar biasa banyaknya.

Bila makan vitamin, of course anak kita pun dapat khasiatnya direct dari susu ibu. Kalau ibu tak jaga makan sekalipun, anak tetap akan dapat minum susu yang ada khasiat dari ibu..tapi yang merananya adalah kita sebab tak cukup zat. Habis semua zat dan nutrien yang baby kita perlu akan diambil…so apa je yang tinggal pada kita? Nanti badan kita akan cepat letih, penat, cepat pitam, tulang rasa lenguh dan mudah sangat kena cramp. Kalau dibiarkan mungkin kita akan dapat risiko tulang rapuh lak. Takkan nak biarkan sebab menyusu secara eksklusif, kita terpaksa bayar dengan osteoporosis? Atau anda nak bayar dengan anemia? Kalau kita ada pilihan yang boleh menguntungkan kedua-dua pihak, why not kan? Shaklee Breastfeeding Set memang menguntungkan ibu dan juga bayi pada masa yang sama ayah pun tumpang happy. 🙂 

Shaklee Breastfeeding Set terdiri daripada multivitamin hebat iaitu Vitalea, B complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix (kalsium + magnesium +vit D) dan juga Alfalfa. Banyak????Mungkin itu yang bermain di fikiran ibu semua kan? Mana satu nak pilih? 

Pilihan Shaklee Breastfeeding Set

Ibu boleh pilih mengikut keperluan dan budget masing-masing. Anda boleh hubungi saya untuk mengetahui set mana yang paling tepat untuk anda. Pilihan majoriti ibu menyusu adalah complete set sebab Shaklee Breastfeeding Set ni bukan jer sebagai milkbooster tapi sesuai dikongsi seisi keluarga. Penjimatan yang sangat berbaloi. Seluruh isi keluarga dapat manfaatnya. Anda boleh lihat sendiri testimonial pelanggan kami. Setiap pembelian set breastfeeding daripada saya akan menerima tips ekslusif, jadual pam dan juga konsultasi secara berterusan. Tak lupa sesuatu yang istimewa daripada saya dan anda akan dijemput menyertai kami di group eklusif kami. 😉

OrderNow