Tag Archives: strok

Koenzim Q10 @ CoQ10 untuk Jantung yang Sihat

Koenzim Q10 atau lebih dikenali sebagai CoQ10 sangat terkenal dengan khasiatnya untuk memelihara jantung yang sihat dan sekaligus memberikan tenaga kepada tubuh badan. Jantung..umpama bateri dalam badan dan pastinya perlukan tenaga yang berterusan sebab jantung tak pernah berhenti berehat.

Apakah manfaat CoQ10 ni kepada tubuh badan? Tahukah anda bahawa ahli saintis mendapati jantung mengandungi 10 kali lebih banyak CoQ10 berbanding mana-mana organ lain dalam badan. Ini kerana jantung kita adalah organ yang paling kuat bekerja sebab ia berdegup kira-kira 100,000 kali sehari! Tidak ada satu degupan pun boleh berlaku tanpa wujudnya tenaga! 

Sedarkah kita bahawa penyakit kardiovaskular adalah PEMBUNUH NOMBOR SATU di kalangan rakyat Malaysia? Dan lebih buruk ianya 2 KALI GANDA LEBIH TINGGI berbanding kematian yang berpunca dari kanser!!! (Source : Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia). Menurut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia, sebanyak 37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskulat seperti penyakit jantung dan strok. Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal. Koenzym Q10 merupakan salah satu daripada suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan.

24

Saya kongsikan dulu sekilas info mengenai CoQ10 yang dipetik dari Utusan Online.

Apa Itu CoQ10?

Macam mana nak sebut yer?? Ko-kiu-ten! ;p 

Koenzim Q10 (CoQ10) ialah sejenis jisim yang menyerupai vitamin dijumpai di dalam setiap sel dalam badan manusia. Ianya merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. CoQ10 adalah perlu untuk mengeluarkan tenaga di peringkat selular. Maksudnya apa tu?

Okay..macam ni, gula dan lemak daripada makanan yang kita makan akan dibakar untuk hasilkan tenaga dan proses penghasilan tenaga tersebut perlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga.

Mungkin tiada masalah penghasilan tenaga untuk badan kita mengeluarkan semua CoQ10 yang diperlukan oleh jantung di usia muda tetapi ianya akan semakin berkurangan bila meningkat dewasa. Sampai peringkat usia 50-60 tahun, jantung akan mengalami kebuluran tenaga dan kesannya jantung tidak berupaya lagi untuk menghantar oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh organ dan tisu di seluruh badan dengan lebih cekap. Akibatnya, badan kita cepat rasa letih dan tidak bermaya.

Apakah Manfaat CoQ10 Untuk Kesihatan Jantung?

Banyak penyelidikan telah dilakukan terhadap CoQ10 tetapi hasil yang paling menarik ialah yang dicapai dalam bidang kardiologi.

Pada tahun 1972, Dr. Karl Folkers (dikenali sebagai “Bapa CoQ10″ kerana kajian mendalam beliau mengenai CoQ10) dan Dr. Gian Paolo Littarru membuktikan mereka yang menghidapi penyakit jantung seringkali adalah mereka yang juga kekurangan CoQ10. Paras kekurangan CoQ10 telah pun dimantapkan dengan amat jelas dalam kes-kes kegagalan jantung kongestif dan kardiomayopati (otot jantung yang berpenyakit) yang merupakan penyakit yang melibatkan otot jantung itu sendiri.

Bila otot jantung dah lemah, darah tak dapat dipam ke seluruh tubuh badan dan perlukan lebih banyak jumlah nutrien yang mesti disalurkan ke sel-sel jantung supaya ia dapat mencipta tenaga. Salah satu nutrien yang paling penting ialah CoQ10. Dengan mengambil suplemen CoQ10, maka otot jantung yang lemah itu dengan mudahnya dapat menambah semula simpanan CoQ10-nya. Ini membolehkan otot jantung menjana lebih banyak tenaga dengan itu memperbaiki keadaannya yang lemah itu.

Koenzim CoQ10 merupakan suatu rawatan yang berkesan bagi mereka yang mengalami tekanan darah tinggi, menurut satu ujian klinikal yang diterbitkan dalam majalah Southern Medical Journal (2001; 94:112-7).

Mengikut kata Dr. Peter H Langsjoen, M.D., F.A.C.C. (Doktor, Ahli Biokimia dan Penyelidik),

Dari pengalaman klinikal saya, kekurangan CoQ10 adalah penyebab kepada kekakuan otot jantung, yang akan menyebabkan badan bertindak balas dengan adrenalin. Dan seterusnya akan menyebabkan tekanan darah tinggi”.

Terdapat beberapa penyelidikan berkaitan CoQ10 dan semuanya menunjukkan peningkatan fungsi otot jantung dan lama kelamaan menurunkan tekanan darah.

Manfaat daripada CoQ10 untuk jantung kini merupakan suatu fakta yang telah pun diterima ramai di kalangan para doktor pada hari ini. Banyak kajian menunjukkan kebaikan yang konsisten dalam kefungsian jantung di kalangan para pesakit yang mengambil CoQ10. Adalah penting kita menyedari bahawa CoQ10 itu digunakan untuk menyokong rawatan-rawatan tradisi dan bukan sebagai penggantinya.

Secara umumnya, berikut adalah khasiat yang bakal anda perolehi jika badan anda memiliki CoQ10 yang mencukupi :

  • membantu mengukuhkan otot-otot jantung
  • menyokong keupayaan mengepam darah
  • memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh
  • menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal.
  • bertindak sebagai antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipopreteins berkepekatan rendah (LDL) & memudahkan pengaliran darah

Berapa Banyak Coenzyme Q10 yang kita perlu makan setiap hari?

Paras CoQ10 di dalam badan boleh didapati daripada pengambilan makanan harian kita tetapi sedarkah bahawa jumlah CoQ10 yang kita dapat dari makanan harian selalunya kurang dari 10mg sehari. Jom kita lihat buktinya!

CoQ10

Nampak gayanya memang agak sukarlah bagi kita untuk dapatkan bekalan CoQ10 yang mencukupi. Lebih-lebih lagi keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20.

 

Apakah kehebatan CoQ10 Shaklee @ CoQ HealthTM Plus?

CoQHealth Plus mengandungi semua keperluan semulajadi yang terdiri daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak teh hijau yang didatangkan dalam bentuk kapsul bioketersediaan (bioavailable) dengan penggunaan minyak kacang soya bagi memastikan penguraian maksimum dan penyerapan CoQ10 di tahap yang lebih baik. 

CoQ10 Shaklee telah terbukti dalam:

 

8

  • menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • meningkatkan peredaran darah
  • membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

 1 BIJI SEHARI sahaja cukup untuk memastikan jantung anda berfungsi dengan lebih cekap dan efisien.

Apakah Perbezaan CoQ10 Shaklee berbanding produk lain di pasaran? 

  1. 1 biji capsul CoQHealth Plus (28mg) menyamai  hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli. Mampukah kita untuk makan setiap hari? Apa yang pasti, 1 biji CoQHealth pasti lebih murah jika dibandingkan dengan harga ayam & brokoli ! 😉
  2. Kombinasi CoQ10 dan vitamin E dapat mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E untuk memberikan perlindungan antioksidan yang berterusan terhadap sel-sel tubuh.
  3. Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).
  4. CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi yis yang ditapai pada masa kini dan sumbernya telah pun diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10-nya.
  5. Pastinya CoQHealth Plus bebas dari kandungan Gluten yang boleh menimbulkan kesan alergi dan juga kesan berbahaya kepada anda.

Sebotol CoQHealth Plus mempunyai 30 kapsul dan ianya untuk kegunaan sebulan. Untuk mendapatkan CoQHealth Plus, anda boleh menghubungi saya sekarang. PROMOSI beli 6 PERCUMA 1 hanya sah sehingga 30 September 2013 sahaja!

The Best Omega 3 ~ Mana satu minyak ikan terbaik?

Pelbagai jenis dan jenama minyak ikan dijual di pasaran. Bagi yang tidak mementingkan kualiti..mungkin akan beli je asalkan nama minyak ikan..atau tertulis pada label botol tersebut ‘FISH OIL’. Mungkin mereka tak tahu sepatutnya Omega 3 yang perlu dicari dan bukannya minyak ikan.

Kenapa kita perlu pilih minyak ikan terbaik? Semuanya sebab nak dapatkan khasiat Omega 3.

Persoalannya, fish oil brand apa yang nak kena beli dan terbaik di pasaran? Macam mana nak pilih? Ianya terpulang kepada anda jenama apa yang menjadi pilihan hati…tapi pastikan fish oil supplement yang baik dan berkualiti mestilah mengandungi lebih daripada 85% Omega 3.

Jangan keliru antara 1000mg MINYAK IKAN dan 1000mg OMEGA 3It’s TOTALLY DIFFERENT!!!!

Dan pastinya pilihan minyak ikan saya  ialah SHAKLEE OMEGA GUARD yang mengandungi 90% Omega 3! 

1 hidangan (3 kapsul) = 1000mg minyak ikan (540mg EPA, 360mg DHA) 

Anda perlukan at least 1000mg Omega 3 setiap hari. Kalau anda beli dekat farmasi atau di mana-mana kedai yang jual minyak ikan ni, pastikan kandungan EPA dan DHA menepati apa yang anda perlukan. Cuba lihat berapa banyak Omega yang diperlukan untuk mengatasi masalah seperti berikut :

For depression, you need: 1000 mg per day
For heart disease, you need: 1000 mg per day
For skin disorders, you need: 1000 mg per day
For blood pressure, you need: 2000 mg per day
For arthritis, you need: 2000 mg per day
For asthma, you need: 2000 mg per day
For diabetes, you need: 2000 mg per day
For high triglycerides, you need: 3000 mg per day

Haaaaa….untuk turunkan kolestrol jahat iaitu triglycerides, anda perlukan 3000mg per day. Ishh..sanggup ke anda makan sampai 10 kapsul setiap hari? Nanti badan pun dah bau minyak ikan! Kalau dengan Shaklee Omega Guard, anda hanya perlukan 3 biji je setiap hari bagi yang mengalami masalah kolestrol tinggi. Jadi..buatlah pilihan yang bijak!

OrderNow

Omega Guard Shaklee dan khasiatnya

Kita seringkali diwarwarkan mengenai khasiat omega 3. Rata-rata produk makanan seperti telur dan susu..dikatakan kaya dengan omega 3. Haa..biasa kita jumpa kat pasaran sekarang kan? Disebabkan kebaikan omega 3 ni, masing-masing tak lepaskan peluang claim produk makanan mereka mengandungi omega 3. Tapi..tahukah anda apakah OMEGA 3????

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Sebab tulah ia digelar Omega 3. 😉 Asid lemak perlu ini sangat penting dalam metabolisme tubuh badan tapi sayangnya badan kita tidak dapat menghasilkan omega 3 ni. Anda harus memenuhi keperluan badan dengan mendapatkan sumber makanan yang mengandungi Omega 3 dan asid lemak Omega 3 ni paling banyak boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu.

Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)
2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)
3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Mana pulak datangnya sumber ALA ni? Biasanya ALA terdapat dalam walnut, flaxseed dan minyak zaitun. Haaaa…jangan tak tau yang EPA, DHA dan ALA ni semuanya terdapat dalam Omega Guard Shaklee. EPA fungsinya dapat menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA penting untuk perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Sebab itulah syarikat pengeluar susu dan makanan bayi berlumba-lumba untuk hasilkan DHA, EPA dan ALA ni.

Terlalu banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega 3 dengan kesihatan yang baik.

Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Faedah dan kebaikan Omega 3

Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:

  1. Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  2. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  3. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  4. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  5. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  6. Mengurangkan risiko darah beku
  7. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  8. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  9. Mengurangkan KOLESTEROL JAHAT (Triglycerides & LDL) dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL)
  10. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  11. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  12. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
  13. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  14. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  15. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  16. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  17. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  18. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  19. Memberi kesan positif dalam masalah kulit.

Jadi, jangan lupa masukkan omega 3 dalam diet harian anda yer. Pilihlah minyak ikan terbaik di dunia dan pastinya Omega Guard Shaklee.

Omega Guard Shaklee mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi.  Satu hidangan Omega Guard menyediakan 990mg asid lemak omega 3. Antara ciri-ciri suplemen terbaik ialah mestilah bertaraf farmaseutikal. Omega Guard Shaklee bukan sahaja bergred farmaseutikal tapi ianya ultratulen kerana dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi. Proses penyulingan ini juga sangatlah penting bagi menjamin omega shaklee bebas daripada bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakan jenis ikan.

Siapa yang sesuai mengambil Omega Guard?

  1. Ibu hamil / menyusu
  2. Kanak-kanak usia 1 tahun ke atas
  3. Lelaki
  4. Warga emas
  5. Penghidap darah tinggi/kolestrol tinggi/diebetes
  6. Penghidap asma
  7. Mereka yang obesiti
  8. Mereka yang ingin pecahkan lemak-lemak degil
  9. Mereka yang mementingkan kesihatan

OrderNow