Tag Archives: supplement for pregnant mother

Vitamin penting & vitamin yang TIDAK BOLEH diambil oleh Ibu Mengandung

Bagi ibu yang mengandung, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil apa-apa preskripsi ubat/supplemen. Memang vitamin hakikatnya adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh badan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi dari diet pemakanan harian. Namun bagi ibu mengandung hanya ada beberapa vitamin yang disarankan diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup zat.

Vitamin yang perlu
Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah protein, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, vitamin b complex yang lengkap dengan asid folik ,Vitamin C, Kalsium dan Omega.

Fungsi Vitamin 
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :-

Protein : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protein, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
B complex : penting untuk pembinaan sel darah, saraf dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.
Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.
Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.
Omega : membantu pembentukan sel otak.

Namun ada beberapa vitamin yang tidak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch kecuali atas saranan doktor sendiri.

Vitamin-vitamin yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya di awal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya DIHENTIKAN sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Maka sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.

*credit to anakkuwiraku

Email: tgmuzlina@gmail.com
SMS/WhatsApp : 013-9395771 (Muz)
Facebook Fanpage : Mama2R