Tag Archives: susu merudum

[All About Breastfeeding] Power Pumping

POWER PUMPING..memang hebat kesannya!! Nama pun POWER kan??

Pagi semalam Arissa menyusu kul 7pagi..Saya pam kul 9.30pagi..hanya dapat 2oz!!!! Terkezut mak..huhu..Lunch dpt 4.5 oz..petang dpt 5oz..Ni sume gara2 terponteng n gap yang sangat lama last week..Buat pengetahuan semua..sekarang saya sedang berkursus selama  3 bulan di CIAST. Waktu lecture memang boleh lari2 kejap..tapi bila waktu aktiviti..nak lari tu agak susah sket dan segan lah kan tinggal ahli group. Sekarang ni waktu lecture saya hanya pam kat tempat duduk je..Amik seat paling hujung..or tepi..pastu buat la operasi..hehe..Jimat masa dan yang penting ilmu yang diajar still dapat.

Badan saya ni memang jenis cepat sangat effect kalau tak konsisten!! Anda ibu yg sangat bertuah kalau tak perlu usaha gigih utk hasilkan ber oz2 susu. Apa yang saya buat..kalau biasanya saya minum PD + ESP + Mealshake hanya sekali sehari..semalam saya up kan minum 3 kali sehari (Maksimum 3 sudu besar setiap hari)..konsisten balik makan B complex, Vitamin C, AlfalfaPagi ni menyusu Arissa kul 7 pagi..kul 9.15 pagi buat power pumping..hasilnya..Alhamdulillah..back to normal..dapat 8 oz..

Balik lunch..saya pam dlm 15 minit..tengok hasilnya..sikit je lagi nak cecah 4 oz..Dalam hati..Ish..tak boleh jadi ni..Arissa perlukan 5 botol yang berisi 4 oz..Paling2 kurang pun 4 botol..tp kena rushing la sharp kul 5 petang kena pergi amik terus..Saya baru je ada 2 botol. Lagi 3 botol..Saya buat lagi skali power pumping(PP)..Bila buat PP ni..senang sangat nak dapat Let Down Refleks(LDR)..boleh dapat berkali-kali dan Alhamdulillah dapat 7 oz. Sesi ketiga nanti dalam kelas la saya sambung. hopefully dapat cukupkan susu untuk anak tersayang. Insya Allah.. 🙂
Apa tu power pumping?? Sila baca entri Tips Membanyakkan Susu Ibu.
Apa yang penting..jangan terlalu panik..risau is normal..saya pun risau ok! Usaha..usaha..usaha..selebihnya doa dan tawakal..Plan B saya kalau tak cukup gak susu utk Arissa..memang akan balik amik stok kat Banting hari ni gak. Sebab tu saya da ready stok time waktu2 emergency masa ni lah sangat berguna.

[Breastfeeding] Tips untuk Membanyakkan Susu Ibu

Jika anda ibu menyusu..tiba2 anda mengalami zaman kegawatan susu..hehee..gawat yer..jadi..apa yang anda akan buat?? Cari milkbooster?? Yer..saya akui ramai yang terus ambil jalan mudah nak tingkatkan pengeluaran susu dengan makan/minum milkbooster..tak dinafikan, memang ianya membantu..tapi jika anda tak cari punca sebenar kenapa susu anda merudum..milkbooster takkan beri kesan langsung pada anda.

Kali ni saya nak share..sedikit sebanyak mengenai macam mana nak troubleshoot kenapa susu merudum..So, STEP yang PALING PENTING sekali ialah..CARI PUNCA!!!

1- CARI PUNCA – Kenapa susu makin sikit/kurang?..Kenapa susu merudum?..

Mesti ada sebab kenapa tiba2 susu jadi sikit..Sebelum ni banyak je..alih2 minggu ni jadi sikit. Cuba tanya diri anda perkara di bawah ni yer..

Ikut konsep ‘demand’ versus ‘supply’ ?? Makin kerap payudara dikosongkan, makin banyak susu akan dihasilkan. Sebolehnya 2-3 jam sekali yer.

Bayi menyusu brapa jam skali? 1 jam? 2 jam? 3 jam? Siang mungkin takde masalah kot. Sebab mostly baby memang minum average 2-3 hours skali kan. Tapi malam macam mana? Adakah bayi anda jenis yang tidur dari pukul 10 malam..sampai lah ke pagi. (Syoknyer tido..hehe). Kalau yer..anda kena bangun dan kejutkan bayi untuk minum..sehingga betul2 kosong. Ataupun..kalau bayi tak nak gak menyusu..kenalah pam yer..Pastikan kedua2 belah payudara dikosongkan. Ngantukkkk???? Memanglah..mula2 je..alah bisa tegal biasa..mulakan waktu dalam pantang lagi..jadi anda dah biasa nanti. Saya dah mengalaminya waktu anak pertama..anak lak jenis bangun 2-3 jam skali.. 😉

Saya dah pam ikut jadual? Dah kosongkan payudara setiap 2-3 jam skali..tapi kenapa sikit jugak yer??

  • Adakah anda sedang period?
  • Adakah anda stress?? Tension?
  • Adakah anda sedang berpuasa?
  • Anda tak sihat?
  • Kurang minum air?
  • Tak cukup tidur?
  • Mengandung?

Untuk sebab2 yang boleh dipulihkan, carilah cara untuk pulihkannya. Kalau kurang minum air, maka minumlah air secukupnya

2- PAM DENGAN LEBIH LAMA

Kalau biasa pam 10 minit, cuba tambah lagi 10 minit. Mungkin dalam tempoh mengepam yang extra tu boleh dapat let down berkali-kali. Saya biasa buat kat ofis..kadang tu bila minit ke 20..tiba2 dapat let down lagi..kadang da nak stop..dapat let down lagi..Tapi kena ingatlah yer bagi yang bekerja..jangan sampai effect kerja lak..

3- POWER PUMPING

Power pumping ialah kaedah meningkatkan pengeluaran susu ibu dengan meniru gaya ‘cluster feeder’ di kalangan bayi menyusu. Cara membuat power pumping ialah:

Untuk double pumping:

(dalam masa 1 jam)
10 minit pam
10 minit rehat
10 minit pam
10 minit rehat
10 minit pam

Atau:

Untuk single pumping:

5 minit pam kanan
5 minit pam kiri
5 minit rehat
5 minit pam kanan
5 minit pam kiri
5 minit rehat
5 minit pam kanan
5 minit pam kiri
5 minit rehat

Power pumping memang berkesan dan terbukti!! Saya sendiri mendapat lebih 2 bekas semalam selepas membuat power pumping

Power pumping boleh dibuat 2-3 kali sehari, bergantung kepada masa yang ada..

4- URUT BREAST

Sambil mengepam buat urutan pada breast dan bayangkan seolah-olah kita sedang menolak susu supaya keluar dari-nya. Insya-Allah minda bawah sedar sangat powerful.

5- PAM DI WAKTU MALAM/DINIHARI

Hormon penghasilan susu iaitu prolaktin meningkat secara natural pada waktu malam. Jadi, gunakan masa ini untuk mengepam dan merangsang susu agar lebih banyak dihasilkan.

6- TAMBAH SESI PAM DI PEJABAT/RUMAH

Dalam falsafah penyusuan, breast yang penuh (dengan susu) dan galactostasis iaitu susu yang masih ada dalam breast bila proses mengepam tidak dilakukan dengan sempurna (tak kosongkan breast) akan menyebabkan susu makin merudum.

Ini kerana 2 sebab:
1) Feedback inhibitor of lactation yang memperlahankan penghasilan susu bila breast penuh
2) Bila breast penuh, peranti penerima prolaktin menerima insyarat supaya berhenti menghasilkan susu

*layman term macam tu lah, senang sikit nak faham

Sebab tu kita tak boleh tunggu breast penuh untuk mengepam. Pam susu secara kerap dan konsisten.

Nak menyusukan anak bukan mudah. Tapi bukan benda sangat special sampai kena ada condition yang special baru boleh menyusu. Ramai ibu yang kerja di site, kerja di bahagian production, malah pramugari dan yang kerja offshore mampu menyusukan anak mereka sepenuhnya.

*credit info

Bersama membudayakan penyusuan susu ibu 😉