Tag Archives: tips pengurusan masa

Tips Pengurusan Masa Ibu Bekerjaya yang Buat Bisnes Part Time

Sebagai ibu berkerjaya dengan anak kecil 3 orang dan punya empire bisnes yang baru nak berkembang membuatkan diri rasa tangan kaki tak cukup mengalahkan tangan sotong! hehe..Biasalah perasan je lebih kan, mengalahkan orang lain yang anak lagi ramai. Alhamdulillah, Jumaat lepas berpeluang untuk ikuti topik yang paling dinanti iaitu Tips Pengurusan Masa kelas telegram special untuk ahli FLY Academy..tq so much pada mami Hadha atas peluang keemasan ni! 🙂

tips urus masa

Memang topik ni lah selalunya ramai ibu-ibu berkerjaya ni ada masalah..siangnya kerja macam biasa dan bila dah habis kerja sambung buat bisnes pula dan dalam masa yang sama perlu uruskan family. Sharing kali ni oleh neni Lyna Noh, beliau ni jadi Master Coordinator Shaklee waktu masih lagi bekerja kat syarikat oil & gas (Petronas)..kuar pagi2..balik dah malam..paling awal pun dah dekat maghrib..uruskan keluarga sendiri termasuklah masak sendiri untuk family dan tanpa bantuan maid. Saya kongsikan point-point penting ye..

  1. Mesti tegas dengan masa & tetapkan jadual sendiri.
    Kalau dekat ofis, fokus 100% pada kerja ofis tapi bila dekat rumah fokus pada bisnes dan rumah tangga. 
  2. Belajar macam mana nak masak dengan cepat.
    Siapkan bahan mentah dan bahan masakan di hujung minggu..buat siap2 untuk seminggu. Jadi, setiap hari tak perlu nak kupas bawang or tumbuk bagai. Weekdays masak yang simple je yang penting air tangan ibu. Weekend bolehlah nak masak special 🙂 
  3. Tetapkan masa KHAS untuk anak2 & suami especially anak2.
    Anak-anak ni cuma nakkan perhatian. Jadi, bila dekat rumah, spend masa yang berkualiti dengan family contohnya peruntukkan 30 min or 1 jam untuk entertain dorang je. No gadget, handphone dan sebagainya. Sebab anak-anak ni perlukan perhatian, jadi berikan tumpuan pada mereka. Lama kelamaan anak-anak dah boleh terima jadual kita dan akan respect dengan masa kita sebab mereka dah dapat perhatian daripada kita. 
  4. Strictly follow schedule bekerja di rumah. 
    Anak2 tido tak menentu ni normal. Jika kita dh buat jadual kerja pukul 1 pagi, mesti masuk ofis kul 1 pagi walaupun anak2 blum tido lagi..kena biasakan diri dgn tangan sotong, sambil menyusu, sambil dukung anak tp buat keja. 
  5. Enjoy waktu anak-anak membesar.
    Anak-anak ni nakkan perhatian sebab tu lah duk menepek je dekat maknya..dan memang diorang takkan faham walaupun kita dah cakap kita kerja pun untuk diorang juga kan..Jadi, enjoy jelah waktu yang ada ni. Sekejap je dorang kecik..nanti bila dah besar, dah skolah..dah ada aktiviti sendiri..kita pula yang akan rindukan moment tu kan 😉 
  6. Badan perlukan Nutrisi yg cukup & tidur yang berkualiti. 
    Bila berjaga malam, badan kita ni mudah penat jadi jangan skip makan suplemen utk pastikan badan kita ni sihat untuk kita uruskn diri, anak2, suami dan juga bisnes. Tidur berkualiti bukanlah tidur yang lama tapi tidur lena tanpa gangguan walaupun 3 jam sehari je. Jadi sebelum tidur mohon pada Allah supaya berikan kerehatan pada badan kita waktu tidur untuk kita bangun nanti dah recharge & rasa segar 
  7. Kena ada PLAN & BACKUP PLAN.
    Kalau kita plan sesuatu tetapi tiba-tiba ada perkara lain contohnya haritu dah plan macam-macam nak buat tapi datang tetamu dekat rumah. Tak mengapa, jangan down..Percaya bahawa setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Tetamu pun datang bawa rezeki 🙂 
  8. Jagalah Solat.
    Fokus dalam kehidupan bermula dari solat. Sebab tulah kalau kita rasa hidup kita huru hara, kacau bilau..check balik solat kita macam mana? Adakah kita dah beri yang terbaik pada Dia? 
  9. Jangan bertangguh. 
    Sesaat kita bertangguh, sesaat kita makin menghampiri liang lahad kita tanpa membuat perkara amal kebaikan. Bila kita fokus, tu pun dah jadi 1 amal kebaikan sebab buat bisnes shaklee ni bukan je kita berbakti kepada family kita tapi juga untuk masyarakat..bantu dari segi kewangan, masa dan sebagainya..kalau kita bertangguh..usia kita makin bertambah ..makin tua..makin dekat dengan kematian..tau-tau dah tak sempat buat ape pun..tau-tau dah mati. Syaitan bertepuk tangan bila kita tangguh2 sbb kita makin dekat dengan kematian tanpa amal kebaikan. Dunia ni bukan tempat untuk bersenang..kat akhirat sana bleh bersenang lenang 
  10. Buat Jadual & follow jadual tu.
    Bila buat jadual, masukkan sekali perkara rutin yang kita perlu buat setiap hari. Contohnya ambil anak sekolah, pantau anak buat kerja sekolah, masak dan sebagainya. Jangan buat jadual yang hanya ada tugasan yang nak buat bisnes je. Kita bukan robot dan ada tanggungjawab lain lagi yang perlu dilaksanakan…dan paling penting disiplinkan diri. Bila buat bisnes ni, kita buat benda baru yang kita tak pernah buat contohnya kena study produk. Jadi, paksa diri, latih diri smpai terbiasa. Lantik Allah s.w.t sebagai biz partner kita sebab setiap saat Allah perhatikan kita..dan kita memang takkan berani sia-siakan masa kita untuk buat benda tak berfaedah. Self discipline dan kesedaran diri sangat penting, jangan mengharapkan orang untuk ingatkn buat sesuatu.. kita semua ada akal fikiran yang diberi, tulang 4 kerat untuk buat kerja..jadi kita yang kena ingatkan diri sndiri dan jadi mentor pada diri sendiri yang ingatkan untuk buat kerja ikut jadual 
  11. Kurangkan merungut & banyakkan bersyukur
    Bila merungut, kita dah rugi beberapa saat dan dah rugi masa. Bila kita merungut, mengeluh maknanya kita tak bersyukur. Jadi, jangan mengeluh, jangan merungut, jangan membanding..banyakkan bersykukur…Insya Allah mudahan Allah akan tambah masa kita.

  12. Jangan buang masa..dengan cakap takde masa sebab tu doa
    Bila kita kata tak de masa, tak sempat dan sebagainya, itulah yang kita akan dapat sebab kata-kata tu adalah doa. Jadi, cakap yang baik-baik je..cakap yang positif sahaja.
     
  13. Dapatkan MASA YANG BERKAT dengan dekatkan diri kita pada Allah s.w.t (solat awal waktu, banyakkan zikir, selawat, mengaji Al-Quran dll)

Kesimpulannya HARGAILAH MASA, JAGALAH MASA & BELILAH MASA. Moga bermanfaat buat anda! 🙂