Tag Archives: vitalea

Bahaya Hb Rendah Semasa Mengandung dan Cara Mengatasinya

Tiap kali checkup mengandung, mesti ibu kena check darah kan? Tujuannya untuk kenalpasti berapa banyak hemoglobin dalam darah kita. Biasa kita panggil short form jelah bagi hemoglobin ni iaitu Hb. Atau nak senang faham..kurang darah 🙂 Mungkin ibu yang tak pernah ada masalah hb rendah semasa mengandung ni tak pernahlah rasa simptom-simptom kurang darah ni kot. Tapi, ibu mesti ambil tahu kandungan hb dalam darah setiap kali pergi check up mengandung tau. Sebabnya..mudah nanti ibu nak jaga makan..andai kata hb memang rendah. Kandungan hb waktu mengandung ni kadang-kadang tak boleh dijangka. Awal-awal memang ok..nampak takde masalah..tapi bila kandungan dah makin besar, hb boleh jatuh mendadak! Itu yang kita taknak sebab bahaya! Risiko pada ibu dan juga bayi.

check hb darah ketika hamil

Antara kesan hb rendah pada bayi :

  • Keguguran
  • Kelahiran pramatang (premature)
  • Berat badan bayi yang rendah

Hb rendah pada ibu hamil menyebabkan ibu mudah rasa letih, tak sihat, emosi pun senang terganggu dan badan ibu jadi lemah…lebih teruk lagi bila risiko kematian ibu meningkat! Doktor akan berikan rawatan anemia semasa mengandung pada ibu yang ada masalah hb low yang kronik. Nutrien dalam badan ibu diserap secukupnya oleh baby dalam kandungan. Bila jadi ibu ni, kita pastinya nakkan semuanya yang terbaik untuk anak kan..sanggup sakit untuk anak dalam kandungan..tapi dalam tak sedar..bila ibu tak jaga badan sendiri..tempiasnya nanti kena juga dekat anak. Kalau badan ibu sendiri pun dah sakit, siapa yang nak jaga baby dalam perut kan? Jadi, ibu pun kenalah pastikan badan cukup zat dan nutrien yang perlu sepanjang proses kehamilan tu. Insya Allah..akan lahir bayi yang sihat dan cukup sifat. Mungkin jawapan di atas ni dah menjawap persoalan perlu ke ibu risau jika hb rendah semasa mengandung?

Oh ya..anda juga boleh singgah di blog Pn. Zarida untuk baca pengalaman pharmacist sendiri yang waktu mengandung pernah ada masalah kurang darah ni dan alhamdulillah jumpa penyelesaiannya. Kalau ibu dah makan set lengkap kehamilan Shaklee, dah tak perlu makan vitamin yang doktor beri sebab dah pun memadai. Nanti overdose pula! Pilih salah satu je. Kalau ibu just nak tambah darah je tapi taknak ambil vitamin yang lain, saya suggest cubalah multivitamin vitalea ni. Insya Allah dapat bantu tambah darah dan ibu akan dapat lebih manfaat yang pastinya ibu suka! Kenapa saya cakap macam tu? 🙂 Sebab..so far, saya dapat rasa perbezaan bila makan pil zat besi yang doktor bagi dengan vitalea yang sememangnya multivitamin yang lengkap dengan zat besi. Bila makan vitalea, langsung tak jejaskan sistem perkumuhan..maksudnya takde pun najis jadi keras or hitam. Paling best bila badan rasa energetic dan tak mudah rasa cepat letih. 

Saya kongsikan di sini kisah Pn Aya Chalo yang dulunya setiap kali mengandung pasti alami masalah hb rendah ni. Tapi selepas tu tiada lagi masalah hb rendah. Apa yang beliau lakukan?

Jika anda juga mengalami masalah yang sama dengan Pn Aya Chalo ni, anda boleh hubungi saya di 013 9395771 (Muzlina) untuk konsultasi. Saya sedia membantu.

OrderNow

Untuk order Set Asas Ibu Mengandung Trimester 1 ;

OrderNow

Untuk order Set Lengkap Ibu Mengandung Trimester 2 & 3 ; 

OrderNow

Ibu Hamil, Ibu Menyusu & Berpantang ~ Ketahui Kepentingan Vitalea

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 

~Sekilas fakta mengenai killer product yang diminati ramai ~
vitalea untuk naikkan hb darah

Vita-Lea® Iron Formula

Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

PERBEZAAN VITALEA SHAKLEE DENGAN PRODUK LAIN

Kemajuan Saintifik

  • Disokong oleh tujuh kajian klinikal

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif

  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

Kualiti yang luar biasa

  • Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan
Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron – Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain – Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*
_________________________________________________________________________
 
Dan ini pula cerita Pn Norita di blognya, yang sudah hampir 11thn mengamalkan Shaklee dan dia sendiri akui Vitalea mmg layak menjadi killer product… Ini cerita bagaimana dia sangat sukakan Vitalea ini.. kepentingan kepada ibu hamil, berpantang.. menyusu.. Jom baca…
 
“…………Masih teringat 4 tahun dulu….masa Nasa masih dalam pantang. Waktu tu bulan raya dan saya terlalu excited makan kuih raya dan tat nenas menjadi pilihan saya. Bila makan tidak berpada…dan lupa yang diri tu menyusukan anak….yang merana si kecil la. Perut dia jadi meragam….bila ditanya pada mak bidan, makcik Maznah menjawab, nenas tu tajam…anak memang sakit perut sebab bisa nenas tadi. Lepas tu bidan saya terus berikan beberapa senarai makanan yang saya harus elakkan demi niat nak menyusukan anak. Selain nenas, ikan berduri juga tidak digalakkan. Sebab apa yang si ibu makan anak akan dapat sama bila anak itu menyusu sepenuhnya dengan susu badan ibunya.

Memula tu bidan saya tak percaya dengan vitamin terutama melihat banyak botol vitamin yang saya letakkan di meja makan untuk senang saya ambil selepas waktu makan. Tetapi beliau mula percaya apabila berat Nasa naik 2kg setiap bulan sehingga 3 bulan yang pertama.Memang perkembangan Nasa hebat berbanding Addin. Mana tidaknya….kelahiran Nasa adalah melalui proses ceaser yang kedua bagi saya. Sudah pasti saya nak jahitan dalaman saya elok seterusnya penghasilan susu yang memberansangkan.

Masa dalam pantang saya amalkan makan vitalea 2 biji sehari, pagi dan malam. Memang disarankan pada botol 2 biji sehari tetapi bagi mereka yang sihat, sebiji dah memadai.
Saya makan 2 biji masa dalam pantang sebab
1. saya perlukan cukup zat besi untuk gantikan kehilangan darah masa proses kelahiran anak.
2. saya tak makan makanan laut yang tinggi zat besi masa dalam pantang sebab takut protien makanan laut yang tinggi boleh hasilkan rasa gatal dan luka nanah dibahagian jahitan.
3. Saya pastikan badan saya mempunyai cukup vitamin dan semua garam galian yang diperlukan.
4. Saya menjaga diri saya dan anak semasa dalam pantang, maka saya perlu pastikan saya sihat dan kuat.
5. Saya nak pastikan jahitan dalaman saya benar-benar sembuh.

Tapi lepas habis pantang, saya amalkan vitalea sebiji sehari sahaja…pernah satu masa tu saya miss makan vitalea. Seminggu asyik pening dan rasa nak pitam. Bila check ngan doktor, kurang darah…mana taknya, ibu breastfeed memang perlukan zat besi. So doktor kata saya perlukan multivitamin dengan zat besi. Then saya jawab, tak pe doktor rumah saya ada multivitamin. Doktor tanya lagi…” Adakah mutlvitamin puan ada termasuk zat besi?” Saya mengangguk tanda ada. Ditambah saya bf Nasa masa tu yang berumur setahun lebih, so doktor pesan jangan tinggal multivitamin dan b com supaya tekanan darah saya stabil di samping anak pun dapat khasiat dari vitamin yang saya amalkan.

Masih ingat pertemuan dengan pakar kanak2 Dr Cheah….beliau sendiri berpendapat, sekiranya ingin meneruskan penyusuan susuibu sehingga 2 tahun, pastikan pengambilan zat besi dititikberatkan demi perkembangan dan pertumbuhan anak. Dr Cheah mengatakan bahawa biasanya selepas 6 bulan, kandungan zat besi dalam susuibu semakin berkurang disebabkan corak pemakanan si ibu yang tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan. Apabila ini berlaku kesannya ialah pertumbuhan anak akan terbantut dan oleh kerana inilah ramai anak yang mempunyai berat yang tidak ideal dengan umur mereka. Namun pada sesetengah pendapat asalkan anak aktif , berat tidak menjadi masalah.
Walaubagaimanapun sebagai ibu , kita bukan sahaja perlu prihatin dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal anak, tetapi kita juga perlu prihatin dengan perkembangan minda mereka. Berat yang ideal membantu pembesaran dan pertumbuhan otak yang sihat dan cerdas. Sejak saya konsisten makan vitalea, saya tak de lagi masalah nak pengsan ke, nak pitam ke….alhamdulillah. Memang saya puashati la. Malah ramai ibu2 yang mengandung yang adalah masalah hb rendah…selepas disarankan amalkan set A [ set optimum] mereka sangat puashati kerana taraf kesihatan mereka meningkat dengan baik. Pada saya, selama 11 tahun dah amalkan vitamin Shaklee, ini antara KILLER produk yang paling di minati ramai!
 

 

 * Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

Ingin mencuba vitalea di atas? 

OrderNow

Email : tgmuzlina@gmail.com
SMS/WhatsApp : 0139395771 (Muz)
Facebook Fanpage : Mama2R

Ketahui tentang Darah Nifas

Telah menjadi kebiasaan bagi wanita yang melahirkan anak akan diikuti dengan keluar darah dalam tempoh tertentu. Inilah yang dikenali dengan post-natal bleeding atau nifas. Nifas dari segi bahasa berasal daripada perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Darah nifas dari segi etimologi ialah darah yang keluar dari rahim wanita sesudah bersalin.

Sebagai seorang wanita dan juga ibu, anda perlu tahu bagaimana untuk membezakan darah nifas yang normal dengan yang tidak normal.

Soalan: Berapakah lama darah nifas saya akan berhenti selepas bersalin?

Jawapan: Selepas anda melahirkan anak, sama ada melalui pembedahan cesarean atau kelahiran normal, anda akan mengalami pendarahan melalui faraj. Pendarahan ini yang juga dipanggil nifas dan ia adalah merupakan sebahagian daripada proses penyembuhan rahim di mana dinding rahim yang menebal semasa hamil menjadi gugur dan otot rahim yang membengkak menjadi kecut.

Dalam tempoh 1-3 hari pertama selepas bersalin, anda akan mengalami aliran pendarahan yang banyak dan kadang-kadang mungkin terdapat ketulan darah keluar dari faraj. Jangan risau kerana ia agak normal. Juga, jika kali pertama anda berdiri selepas melahirkan, anda mungkin perasan darah mengalir turun daripada faraj ke kaki anda. Ini juga normal kerana apabila anda duduk atau berbaring, darah bertakung dalam faraj dan keluar semasa berdiri akibat tarikan graviti. Jumlah darah nifas akan berkurangan pada hari-hari berikutnya.

Dalam tempoh ini anda tidak digalakkan menggunakan tampon kerana ia mungkin akan menyebabkan jangkitan kuman, terutama sekiranya anda melahirkan secara normal. Lebih elok kalau anda memakai pad bersalin yang besar atau anda boleh memilih untuk memakai diaper orang dewasa untuk beberapa hari selepas bersalin. Ini disebabkan pendarahan yang agak banyak pada tempoh tersebut.

Anda juga mungkin akan perasan bahawa berlaku aliran darah menjadi banyak semasa menyusukan bayi. Keadaan ini berlaku kerana stimulasi pada puting akan meninggikan rembesan hormon oxytocin yang akan menyebabkan rahim anda mengecut dan seterusnya mengalakan aliran darah nifas. Disebabkan ini, mereka yang menyusu lebih kerap akan mengalami tempoh aliran nifas yang lebih singkat dari mereka yang tidak menyusu badan. Ini adalah salah satu kebaikan susu ibu kerana ia mengurangkan risiko tumpah darah.

Sekiranya anda masih dapati pergerakan dan aktiviti harian menyebabkan berlaku peningkatan jumlah aliran nifas, ia mungkin tanda anda perlu berehat dan cuba kurangkan aktiviti aktif untuk beberapa hari lagi.

Selepas dua minggu, warna darah anda akan bertukar lebih kepada warna perang dan kemudiannya akan beralih kepada warna kekuningan untuk beberapa minggu lagi. Darah nifas selalunya akan berhenti sepenuhnya selepas 6-8 minggu.

Selepas pantang adalah normal untuk haid menjadi tidak teratur untuk tempoh beberapa bulan pertama atau tiada langsung. Sekiranya anda menyusu badan, anda mungkin tidak didatangi haid sehingga 1-2 tahun. Sekiranya haid masih tidak kembali ke keadaan asal selepas 6 bulan dan anda tidak menyusu badan secara eksklusif, eloklah berjumpa doktor untuk pastikan tiada masalah. Banyak berlaku kes di mana ibu tidak sedar mereka sebenarnya hamil pada ketika itu.

Tanda-tanda serius

Berikut adalah tanda-tanda serius yang memerlukan anda berjumpa dengan doktor dengan segera. Ia mungkin tanda jangkitan kuman atau juga tanda uri tertinggal dalam rahim.

  • Darah nifas masih berwarna merah terang walau sudah lebih dari 7 hari bersalin.
  • Darah nifas berbau busuk
  • Demam dan menggigil
  • Darah yang keluar membasahi pad dan perlu ditukar setiap 1 jam
  • Darah beku yang besar keluar dari faraj
  • Sakit perut berterusan

*sumber

Darah nifas yang terlalu banyak dan lebih daripada biasa perlulah dirujuk kepada pakar perubatan secepat mungkin kerana bimbang jika terdapat komplikasi yang lain. Sewaktu dalam proses melahirkan anak, si ibu kehilangan banyak darah dan ini kemungkinan akan membuatkan ibu rasa pening, loya, nak pitam dan sebagainya. Pemakanan yang seimbang dan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi diperlukan untuk membantu dalam penghasilan darah merah.

Tahukah anda??

  • Lebih daripada 200 billion sel darah merah dihasilkan setiap hari
  • Setiap saat 2.5 juta sel DARAH BARU di keluarkan ke dalam sistem darah
  • Iron menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel

Tanda-tanda kekurangan zat besi (Iron)

  • Pucat, tercungap-cungap
  • Keletihan & kelesuan luar biasa
  • Pergerakan yang perlahan
  • Anemia (Penyakit Kurang Darah)
  • masalah sembelit
  • tidak bermaya
  • kuku pecah (retak)
  • berat bayi tidak naik walau menyusu susu ibu

Berapa banyak zat besi yang diperlukan?

  • 18 –mg @hari
  • Kita hanya mendapat 9-mg @ hari
  • Problem terbesar adalah iron susah diserap daripada makanan. Hanya 10% iron yang dapat daripada makanan.
  • Jika banyak minuman kopi, tea, dan minuman bergas penyerapan juga susah kerana ia menghalang penyerapan

PERBEZAAN SHAKLEE

  • Iron + C Kejayaan Shaklee dalam pemakanan tambahan.
  • Perbezaan Shaklee ada tambahan vitamin C
  • Vitamin C membantu iron diserap dengan lebih baik

Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:

  • Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
  • Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
  • Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
  • Ibu yang menyusukan bayinya

Okey.. dah baca fakta2, sekarang soalan seterusnya, vitamin Shaklee yang manakah membantu dalam memulihkan semula paras hemoglobin dalam darah khususnya utk ibu hamil dan juga ibu berpantang?
JAWAPAN : Pengambilan Vitalea Shaklee (multivitamin lengkap zat besi) amat membantu.

Berikut kata Mommy Icha dalam entry di blognya mengenai kepentingan zat besi dan pengalamannya mengambil supplemen Shaklee:

“…Semasa mengandungkan Icha, anak pertama, Hb saya paling tinggi pun 12 sahaja. Tetapi, selepas lebih setahun mengamalkan suplemen Shaklee secara teratur, Hb saya 13++, dan saya bukan setakat hamil, malah masih menyusukan Icha!”

*credit to MamaFaiz

Vitalea with Iron Formula

Dalam waktu tempoh berpantang, saya tak makan vitamin yang hospital bagi..sebab dalam Set Berpantang yang saya ambil dah merangkumi semuanya ~ Vitalea (multivitamin), Vitamin C, B Complex dan Zink. Dan Vitalea yang dilengkapi dengan zat besi memang betul-betul membantu saya dalam menaikkan HB saya. Yelah..waktu pantang kan banyak yang kita tak makan..Itu tak boleh..ini tak boleh, jadi mana datangnya sumber dan nutrient yang diperlukan oleh badan kita? Sebelum bersalin, HB saya 11.2..dan cukup sebulan bersalin HB saya dah naik 11.5 Ok la tu kan..hehe..

Jika berminat untuk mencuba, sila hubungi saya di 013-9395771 atau email ke tgmuzlina@gmail.com