Tag Archives: vitamin c organik

15 Kebaikan Vitamin C yang Perlu Anda Tahu Supaya Tak Menyesal

Bila sebut vitamin C, pasti ramai yang ingat khasiatnya hanya untuk kecantikan. Sebab tulah ramai yang berebut-rebut nak beli Vitamin C Organik satu ketika dulu. Sanggup beli walaupun RM1 – RM2 sebiji! Kalau bab cantik, semua sanggup kan? 🙂 Tapi, kalau korang tau banyak lagi khasiat vitamin C ni, pendek kata hampir semua benda lah boleh buat pada badan kita ni..lebih lagi bila melibatkan nyawa!

vitamin c 3

15 Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Anda

1.  Membantu dalam pembentukan kolagen

Kolagen mampu membuatkan kulit jadi lebihanjal, gebu dan berseri-seri. Tapi kolagen bukan stakat nak kulit je cantik tapi lebih dari tu. Kolagen ada pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu serta organ seperti  buah pinggang, jantung serta sistem limfatik. Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen yang menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan, kekenyalan kulit dan juga tisu-tisu badan termasuklah tendon, ligamen, otot dan tulang rawan.

2.  Bertindak sebagai antihistamine semulajadi

Vitamin C kurangkan simptom demam seperti sakit-sakit badan dan selsema dengan bertindak sebagai antihistamine semulajadi. Ia boleh turunkan paras histamine dan mengawal alergi yang menyebabkan demam. Dengan membekalkan nutrien penting yang diperlukan oleh sistem imun, vitamin C dalam dos yang lebih tinggi biasanya dapat bantu pulih dari demam dengan lebih cepat.

3.  Penawar Semulajadi bagi Masalah Kulit

Sejak dulu lagi, vitamin C banyak digunakan untuk merawat banyak masalah yang berkaitan dengan kulit. Sekarang ni pun, banyakproduk kecantikan yang gunakan vitamin C seperti pelembap dan masker untuk kembalikan keremajaan kulit dan buatkan kulit kelihatan berseri secara semulajadi. Vitamin C sangat membantu untuk kurangkan kedutan dan mengembalikan keanjalan kulit. Selain itu, vitamin C juga melindungi kulit dari bahaya sinar UV.

4.  Membantu dalam Menyembuhkan Luka

Vitamin C sangat penting untuk hasilkan kolagen iaitu protein dalam tisu penghubung dalam tubuh badan (kulit, tendon, otot, ligamen dan lain-lain).  Disebabkan itu, vitamin C sangat membantu dalam pemulihan luka tak kiralah sama ada luka kecil, luka yang dalam, tulang yang patah atau kulit yang melecur. Badan menggunakan vitamin C untuk gantikan tisu yang rosak sekaligus dapat bantu pulihkan luka dengan lebih cepat dan lebih baik.

5.  Melindungi dari Penyakit yang Disebabkan oleh Tekanan

Mengikut Dr. Bruce Miller, “The more you stress, the more you need vitamin C”. Ya, vitamin C mainkan peranan penting dalam melindungi otak dan sistem saraf daripada kesan akibat tekanan yang dialami. Ini disebabkan oleh badan perlukan vitamin C yang mencukupi untuk sintesis hormon tekanan seperti adrenaline dan nor-adrenaline iaitu hormon yang sangat penting dalam melawan tekanan. Oleh sebab stress boleh memusnahkan vitamin C dan kesan kekurangan vitamin C dalam badan menyebabkan sistem pertahanan badan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

6. Membantu Menurunkan Paras Kolestrol

Vitamin C mainkan peranan penting dalam menurunkan paras kolestrol dalam darah. Ia membantu menukarkan kolestrol kepada bile salts yang lebih mudah dibuang daripada badan.

7.  Melancarkan Peredaran Darah

Kebanyakan kerosakan yang berlaku pada salur darah semasa serangan sakit jantung adalah disebabkan oleh salur darah tidak dapat mengembang dengan baik dan menghalang peredaran darah. Sakit dada, susah nak bernafas atau dalam bahasa mediknya angina pectoris juga disebabkan oleh arteri koronari iaitu arteri yang membawa darah ke jantung tidak dapat mengembang dengan baik. Terdapat kajian yang menunjukkan walaupun vitamin C dalam dos yang kecil tapi ia dapat membantu salur darah mengembang dengan baik terutamanya bagi yang selalu sakit dada, ada masalah jantung dan juga tekanan darah tinggi.

8.  Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung dan Strok

Vitamin C adalah antioksidan yang sangat hebat. Ia dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan dinding arteri yang boleh membentuk plak dan mengundang risiko darah tinggi, penyakit jantung dan strok. Vitamin C juga melindungi kolestrol dari teroksida dalam aliran darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok. Sebab itulah orang yang ada darah tinggi digalakkan ambil vitamin C untuk elakkan risiko penyakit jantung dan strok.

9.  Mengawal Paras Gula dalam Darah bagi Pesakit Diabetes

Vitamin C mengawal paras gula dalam darah dan melindungi daripada komplikasi yang disebabkan oleh diabetis. Ada banyak kajian yang menunjukkan bahawa vitamin C dapat menurunkan paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes.

10.  Membantu dalam Merawat Kanser

Terdapat kajian yang mencadangkan pengambilan vitamin C dalam dos yang tinggi dapat membantu ubat untuk mematikan sel kanser dengan lebih berkesan bagi pesakit kanser yang sedang menjalani kemoterapi. Fungsinya sebagai antioksidan melindungi sel dan DNA daripada rosak dan mengalami mutasi. Vitamin C menyokong sistem pertahanan badan untuk melawan kanser dan mengurangkan risiko hampir kesemua jenis kanser. Bukanlah bermakna vitamin C ni boleh rawat kanser tapi vitamin C nilah yang bantu kuatkan sistem pertahanan badan untuk memerangi sel-sel kanser.

11.  Membantu Mengurangkan Masalah Pernafasan

Terdapat kajian dari Univerisity of Helsinki, Finland yang mencadangkan vitamin C untuk mengurangkan masalah sistem pernafasan seperti batuk, nafas berbunyi dan juga semput.

12.  Mengurangkan Simptom Asma

Orang yang mempunyai asma yang kronik sangat memerlukan vitamin C. Fungsinya sebagai antioksidan dan antihistamine dapat membantu dalam fungsi peparu dan salur pernafasan. Pengambilan vitamin C sebanyak 1000 mg hingga 2000 mg setiap hari dapat mengurangkan penghasilan histamine yang boleh menyebabkan keradangan bagi penghidap asma.

13.  Membantu dalam Mengurangkan Simptom Arthritis

Arthritis disebabkan oleh kegagalan proses sel yang membantu dalam penghasilan, penyelenggaraan dan pemulihan tisu tulang rawan. Tekanan fizikal ke atas tulang rawan memusnahkan kolagen dan juga memberi kesan pada penghasilannya. Disebabkan vitamin C diperlukan untuk membentuk kolagen,ia sangat membantu untuk mengurangkan kesakitan, keradangan dan sakit sendi bagi orang yang menghidap arthritis.

14.  Mengurangkan Risiko Katarak

Vitamin C mainkan peranan penting dalam memulihkan penglihatan dan juga melindungi daripada pembentukan katarak yang boleh mengakibatkan buta. Ini disebabkan oleh kanta mata perlukan dos tinggi bagi vitamin C untuk membuang dan menghalang radikal bebas yang terbentuk daripada kesan cahaya matahari.

15. Membantu Merawat Tibi

Salah satu kajian yang dipaparkan dalam journal di Nature Communications mendapati vitamin C boleh membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit tuberculosis atau lebih dikenali sebagai tibi. Vitamin C berpotensi sebagai antibakteria dalam menjalani rawatan penyakit tibi.

Sangat banyakkan khasiatnya? Jadi, pastikan badan kita mendapat bekalan vitamin C yang mencukupi untuk mencegah daripada sebarang penyakit. Vitamin C ni larut air dan mudah musnah dalam badan. Kita perlu topup setiap hari untuk pastikan badan kita ni cukup vitamin C. Jika tak mampu cukupkan keperluan vitamin C melalui makanan, anda boleh mengamalkan Sustained Release Vita-C Plus setiap hari.

Macam References:

Vitamin C Organik Sama Ke Dengan Vitamin C Shaklee?

Ramai yang tertanya-tanya, Sustained Release Vita-C ni vitamin C organik ke? Haa..untuk pengetahuan semua, Sustained Release Vita-C ni lebih daripada organik. Anda boleh tahu kenapa saya cakap vitamin C shaklee ni lebih daripada organik di SINI.

vitamin c organik dan semulajadiSustained Release Vita-C Plus adalah pilihan paling tepat yang mampu bertindak sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh disebabkan oleh aktiviti harian. Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.*

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Apa Bezanya Vitamin C Shaklee dengan Vitamin C lain di pasaran?

1 biji Sustained Release Vita-C Plus mengandungi:

  • Kandungan Vitamin C yang tinggi iaitu 525.35mg yang menyamai 7.5 biji buah oren.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam. Badan kita hanya boleh serap lebih kurang 100mg sahaja dalam masa 1 jam, selebihnya akan dikeluarkan melalui urin. Jadi, kita tak membazirlah vitamin C yang kita makan tu.
  • Dilengkapi Citrus Bioflavonoids Complex yang berupaya untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser, melindungi fungsi otak dengan melindungi kerosakan sel yang boleh membawa kepada simptom nyanyuk (Alzheimer) dan melancarkan peredaran darah. Terdapat kajian yang mendapati ia mampu bertindak sebagai anti-bakteria, anti-virus, anti-radang dan anti-kanser.
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

Berapa Harga Sebotol Sustained Release Vita-C Plus ni?

Jika dibandingkan dengan vitamin C organik lain di pasaran, Sustained Release Vita-C Plus ni takdelah mahal sangat. Harga sebotol ialah RM92.50 untuk 180 biji (kegunaan sehingga 6 bulan). Hanya 51 sen je sebiji..dan anda boleh jimat lagi kalau jadi ahli. Oh ya! Bulan ni(NOV 2014) ada promosi beli 6 PERCUMA 1 dan juga beli 2, anda boleh dapat diskaun 5%.

Macam Mana Nak Dapat?

Hubungi kami melalui whatsapp/telegram/sms di 013 9395771. Kami menerima bayaran tunai dan juga kad debit/kredit. Jika melalui kad debit/kredit, anda boleh membuat pembelian sendiri dengan klik di link di bawah.

OrderNow

 

Eksklusif!! Testimonial Admin Mama2R.com

Eksklusif dari Mama2R.com!!! hehe..eksklusif la sangat..;p

Hohoho…sebelum terlambat.. saya memohon ampun dan maaf..jika ada terkasar bahasa atau tersalah perkataan atau tersasul perbuatan..eh..tersasul?? ape2 je lah yer.. 🙂 Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..Maaf zahir dan Batin.

Dah lama tak berupdate yer..raya sakan..kekeke..Kali ni saya nak share testimonial saya sendiri sebagai pengguna ESP, Vitamin E, Vitamin C dan juga yang last ni Collagen Powder. Collagen Powder ni saya baru je start makan..lum abis sekotak lagi pun..so saya cite mana yang saya konsisten makan lah ye..almaklumler..ibu menyusu yang tak larat nak pulun telan macam2 pil..hahaha.. malas ler tu!! 😉

Waktu dalam tempoh berpantang..saya makan vitamin yang dicadangkan khas untuk ibu berpantang iaitu Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zink dan Ostematrix. Memang best sangat  berpantang dengan set ni. Badan cergas je dan yang paling penting penyusuan susu ibu bertambah lancar. Ibu-ibu yang masih lagi tercari-cari set berpantang/set bersalin, anda boleh cuba dan Insya Allah..untuk yang pernah bersalin sebelum ni, memang anda akan terasa perbezaannya. Superb!!! 🙂

Ngam-ngam lepas habis pantang..terus saya join as distributor sebab dah jatuh cinta ngan produk Shaklee ni..2 tahun gak la sempat merasa makan Shaklee ni pastu baru jadi member..sebab banyak benefitnya. Nanti2 saya cite k! Bukan saje badan saya sihat dan cergas..sebagai bonus, saya dapat kulit bertambah sihat, halus dan lembut 🙂 Wuuwuwuuw..perasan!! hahahah..siapa yang konsisten amalkan vitamin organik keluaran Shaklee je yang tau dan faham.. ;p Sape yang taknak kulit cantik, ada effect glowing2 gitu kan??

Ok..saya takmo cite lebih..meh saya tunjuk bukti je. Dari saya abis pantang sampai lah sekarang..yang paling latest saya tak amik lagi..hehe..tak sempat nak amik gambar..

Vitamin C Organik_ESP

Okeh..gambar sebelah kiri tu waktu saya dalam pantang. Huhuhu..berlemuih muka nooo..malu ai nak tunjuk!!! ;p Gambar saya tak zoom sebab nanti gambar jadi pecah..lagipun waktu tu saya bukan distributor n nak tunjuk bukti kat sapa2 pun..hahhaha..takdan nak telek2 muka. Gambar yang selepas tu saya amik kat ofis..lepas solat..pastu time rehat..bulan posa lak tu…hahah..posing ler..ape lagi. 😉 So..kedua-dua gambar ni memang tanpa secalit pun make up. Part saya paling tak suka tang hidung tu..sebab saya ni ada resdung gak sket..so tang hidung tu memang merah2 lah bekas jerawat. tkpun..memang jenis gatal tangan kan..heheh..So, memang berbeza kulit muka bila dah masuk canister ESP yang kedua. Ye lah kan..saya bukannya buat surgeri ke botox ke ape nak zupppp jadi cantik terus kan..sebab ni supplement..so dia repair sel kulit kita dari dalam…dan hasilnya amat memuaskan hati 🙂 Sel kulit kita pun makan masa 90-120 hari untuk berganti yang baru. Jadi..kena sabar dan istiqamah 🙂

Vitamin E_Collagen Powder

Lepas consume ESP, saya try lak Vitamin E…hohoh..best gilerrrr!!! 2 weeks saya makan..kulit muka sangat2 kurang berminyak…bangun pagi tu..syok je pegang muka..sebab da tak rasa minyak. Kulit muka saya ni jenis berminyak..especially T-zone area. Bila makan vitamin E ni, pernah satu hari saya bangun pagi..tengok cermin..eh..nape muka cam berkilat..bukan kilat cam minyak tau..kilat sikit2..pegang2 muka..takde minyak..glowing2 effect rupenyer. Lagi lah bersemangat saya duk telan vitamin E nih. Actually gambar yang sebelum tu saya baru start makan 2 hari Collagen Powder. Yang gambar selepas tu dalam 7 hari gitu la if tak silap. Dua-dua gambar saya tak pakai bedak..bezanya yang gambar belah kanan tu saya hanya pakai lipice jek. Jadi skang ni, saya masih gigih telan vitamin E ngan Collagen powder..hehe..sebab pori2 kat hidung ngan pipiku da makin kurang..Lebihan minyak kat muka pun da kurang..kulit muka pun da rasa lembut n halus gitu..

Oh…lupa lak saya nak bagi tau..buat penggemar masker..ESP, Vitamin E dan juga Collagen Powder ni sume bleh buat masker tau..saya je malas..hahaha..kadang je rajin. Nak resepi?? Ni dia.. Thanks to Iffah Anuar untuk resepi masker ni yer 🙂

masker vitamin E

 

KLIK sini untuk testimoni pengguna Shaklee

Sebarang pertanyaan & Pesanan boleh hubungi saya di 013-9395771 | tgmuzlina@gmail.com | PM saya di facebook http://www.facebook.com/Mama2R