Tag Archives: vitamin ibu hamil

Ibu hamil yang lincah dan cergas idaman semua

Wahhh..anda hamil? atau isteri mengandung? Tahniah semuanya yer!! Mesti tak sabar menunggu cahaya mata sendiri..lagi2 kalau anak pertama kan? Selalunya orang cakap yang pertama ni excitednye terlebih sikit..Hehhehe..Menjadi ibu hamil ni banyak cabarannya tapi pastinya membuatkan wanita hamil sentiasa tersenyum lagi-lagi bila mendapat respon dari bayi dalam kandungan. Pasti tak sabar untuk melihat zuriat dilahirkan nanti kan?

Ibu Mengandung

Kebiasaannya sebaik sahaja anda atau isteri disahkan hamil, terus pergi buat kad merah di klinik kesihatan. Bukan apa..semuanya untuk kesihatan ibu dan juga bayi di dalam kandungan. Nanti nurse akan berikan nasihat untuk ibu hamil terutamanya apa yang perlu dititikberatkan dalam makanan ibu hamil. Anda juga akan dibekalkan dengan beberapa jenis vitamin untuk ibu hamil. Semuanya bergantung kepada tahap kesihatan ibu tersebut. Vitamin ibu hamil ni tak sama yer..bukan semua klinik atau doktor bagi vitamin yang sama. Ada yang dapat obimin, ada yang dapat 4 jenis pil berasingan tu macam asid folik, vitamin c, zat besi, b complex dan sebagainya. Semuanya untuk memenuhi keperluan nutrisi harian untuk wanita hamil. 9 bulan hamil adalah waktu yang sangat kritikal untuk memastikan kesihatan kandungan dan juga ibu berada pada tahap yang optimum. Jadi ibu-ibu yang cantik jelita semua jangan ngelat2 yer..mesti jaga pemakanan ibu mengandung ni..Barulah baby yang lahir nanti sihat, bijak, cantik dan semestinya comel 😉

Shaklee juga menawarkan vitamin untuk ibu hamil yang dapat memenuhi dan menampung kekurangan nutrisi wanita hamil. Untung sangat tau sebab vitamin ni bukan jer makan waktu mengandung tapi berpantang dan dalam tempoh menyusukan juga. Jangan tak tau ramai dah ibu di luar sana yang bertukar kepada vitamin Shaklee sebab bukan jer memberikan  maanfaat waktu hamil tapi waktu menyusukan juga..Hinggakan ada yang tak muat peti nak simpan susu untuk anak tersayang..Tentu bertambah sihat dan bam bam si comel anda dapat khasiat dan nutrien yang cukup. Jom kita lihat bagaimana vitamin ini membantu anda dan bayi dalam kandungan?

1. Vitalea

Multivitamin yang dilengkapi dengan 28 vitamin dan mineral penting untuk membantu menampung kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan bayi serta memberi tenaga. Ianya lengkap diformulasikan dengan zat besi yang sangat penting untuk proses pembentukan sel darah merah yang sangat diperlukan oleh ibu mengandung. Pengambilan vitalea yang konsisten dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan ibu dan juga menaikkan kandungan hemoglobin (HB) di dalam darah.

Apa bezanya vitalea dengan multivitamin yang lain? Salah satu multivitamin yang popular di kalangan ibu hamil ialah obimin. Klik pada link di bawah :

Perbezaan Vitalea dengan Obimin

OrderNow

2. B Complex

Shaklee B complex mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain. Tahukah anda vitamin B di dalam tubuh badan anda mudah musnah dan hilang akibat stress/tekanan hidup, alkohol dan ubat-ubat preskripsi yang berunsurkan dadah? Vitamin B yang mencukupi dalam badan dapat membantu menenangkan dan mengelakkan stress serta keletihan akibat mengandung. Sebab tulah doktor selalu nasihatkan agar ibu mengandung..jangan stress tau..kesian kat baby..nanti baby pun boleh distress.
 

3. Vitamin C

Vitamin C terkenal sebagai nutrien yang dapat meningkatkan sistem imun. Sewaktu hamil, tahap kesihatan ibu mudah merosot akibat daripada sistem imun yang lemah. Vitamin C membantu ibu untuk melawan jangkitan dan juga penyakit. Ia juga terkenal dalam membantu penghasilan kolagen dan ini dapat membantu membina tulang rawan, otot-otot dan tulang-tulang bayi di dalam kandungan.

4. Protein (ESP)

Protein adalah makanan asas kepada sel di dalam badan. Ianya adalah blok-blok pembinaan asas badan ibu dan juga bayi. Perkembangan bayi di dalam kandungan sewaktu ibu hamil trimester 2 dan 3 sangat pesat. Jadi ia memerlukan sumber protein yang mencukupi untuk memastikan organ dan tubuh badan bayi terbentuk dengan sempurna. ESP juga memberikan rasa kenyang untuk mengatasi masalah pedih ulu hati di kalangan ibu hamil.

5. Ostematrix

Semasa hamil, badan ibu memerlukan lebih kalsium dan ianya sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat bagi bayi di dalam kandungan. Ostematrix bukan sekadar melengkapkan keperluan kalsium ibu mengandung tetapi juga membantu mengatasi masalah ibu hamil seperti sakit-sakit badan, sakit urat, sakit otot dan saraf, buasir, sembelit dan juga masalah tidak dapat tidur lena.

Kalsium untuk Wanita Hamil

6. Omega Guard

Omega 3 yang terdiri daripada EPA dan DHA sangat penting untuk membantu perkembangan otak dan minda bayi di dalam kandungan. Ia juga boleh dijadikan alternatif bagi ubat batuk kerana dapat membantu melegakan tekak dan mencairkan kahak. Omega Guard boleh diambil jika kandungan telah memasuki trimester 2..lebih kurang usia kandungan 4 bulan gitu..

Jagalah pemakanan untuk ibu hamil..bukan untuk orang lain..tapi untuk anda dan bayi juga. Jangan disebabkan kelalaian kita, bayi yang tak bersalah menanggung akibatnya. Dapatkan set kehamilan anda hari ini. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

OrderNow

Peranan Vitamin Dalam Penyusuan Susu Ibu

Sebelum anda membuat pembelian apa-apa suplemen/vitamin daripada saya..saya nak pastikan yang anda tahu tujuan anda makan suplemen. Ni tersangatlah penting sebab saya tak jual produk tanpa konsultasi. Anda boleh beli secara terus dengan cawangan Shaklee atau mana-mana distributor…tapi anda tidak akan dapat sebarang konsultasi selepas membeli produk tersebut.. Sama macam kita pergi ke Farmasi..bila beli ubat/vitamin..dah balik ke rumah..baru teringat nak tanya macam mana nak makan..lepas da makan..jika ada sebarang masalah..anda tanya ahli farmasi tadi tu ke?? Kalau yang tanya pun..mungkin skali dua boleh la kan dia layan..kalau banyak2 kali..diorang pun da malas nak layan…

Tapi…saya menyediakan KONSULTASI PERCUMA untuk pelanggan-pelanggan saya..Dalam erti kata kat sini..bukannya lepas anda dah  beli dengan orang lain..datang minta konsultasi dengan saya..Oh Nooo!!! Saya perlu menjaga HAK EKSKLUSIF customer saya juga yer 🙂 Harap Maaf. Kecuali..anda membuat pembelian produk di cawangan Shaklee menggunakan Shaklee ID saya..then anda layak untuk mendapatkan hak eksklusif itu 🙂 

Sebab tu waktu konsultasi saya tanya banyak perkara..saya selidik dulu apa permasalahan pelanggan tersebut..Contohnya kalau saya consult untuk ibu breastfeed..saya akan tanya macam2..untuk tau root cause dulu kenapa susu merudum or sikit dan sebagainya. Sebab ada yang tak faham konsep asas penyusuan..jadi saya taknak kalau nanti dia makan supplement tapi tak nampak hasil..dia akan rasa KECEWA..dia akan salahkan produk tersebut. Sedangkan konsep asas penyusuan yang dia tak ikut. 🙂 Tapi ada antara pelanggan taknak jawab soalan-soalan yang saya tanya..Hurmm..Ketahuilah..niat saya bukan busy body..tapi saya hanya cuba membantu anda. 

Saya sering ditanya tentang perkara ini:

 “Tolong cadangkan apakah makanan atau vitamin membanyakkan susu ibu yang paling berkesan? Saya nak ambil dari sekarang. Sekarang saya mengandung 6 bulan. Saya nak, anak lahir saja susu dah banyak dan boleh menyusukan hingga umur 2 tahun”

 

Jawapannya mudah saja:

 “Makanan atau vitamin yang anda perlu ialah ILMU PENYUSUAN

 

Terdapat banyak salah faham tentang penyusuan, perkaitannya dengan pemakanan serta praktik penyusuan susu ibu yang betul.

 

Antara kesilapan-kesilapan terawal yang mungkin dibuat oleh seorang ibu (yang sebenarnya niatnya nak menyusu):

  1. Tidak belajar konsep penyusuan yang betul.
  2. Tidak faham perkaitan ‘supply’ dan ‘demand’.
  3. Terpengaruh dengan lambakan produk membanyakkan susu ibu di luar sana.
  4. Terpengaruh dengan lambakan tips-tips membanyakkan susu yang banyak menekankan tentang ‘makanan memperbanyakkan susu badan’ atau ‘makanan untuk tambah susu badan’
  5. Tidak menemui orang yang betul untuk belajar tentang penyusuan, misalnya bertanya kepada orang yang tidak menyusukan anak.
  6. Mengambil remeh ilmu penyusuan susu ibu.

Vitamin, atau apa saja pemakanan yang katanya membanyakkan susu, sebenarnya memberi sokongan kepada tubuh badan ibu, ia menutup ruang2 yang lopong. Iaitu membekalkan vitamn/mineral/khasiat yang tidak dapat ditampung oleh pemakanan ibu.

Misalnya sayuran hijau membekalkan vitamin B terutama asid folik untuk ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja). Daging dan produk soya membekalkan protein. Longan kering membekalkan kalori. Jadi tidak hairanlah ibu mendapati susu mereka menjadi banyak selepas mengambil makanan2 seperti di atas.

Dalam hal suplemen/vitamin, sebenarnya tidak ada vitamin khusus untuk ibu menyusu yang MEMBANYAKKAN SUSU. Susu ibu tetap mengkuti konsep asalnya – pengeluaran bergantung kepada keperluan NAMUN vitamin membantu ibu yang mengalami masalah dalam penyusuan untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi yang tidak dapat dipenuhi oleh diet harian.

Ada ibu yang berkata “Saya dah makan banyak”

Makan banyak dengan makan sihat sama sekali tidak sama. Makan banyak boleh jadi makan HAMPAS sahaja. Tambahan pula jika ibu itu:

  • Kerap makan di luar (biasanya ibu bekerja)
  • Makan makanan segera, makanan rapu, etc
  • Sangat sibuk hingga selalu skip makan
  • Selalu berada dalam keadaan stress
  • Kurang rehat
  • Tak cukup tidur
  • Sering sakit
  • Mengalami masalah kesihatan

Jadi ibu ini memerlukan sokongan dari segi vitamin/suplemen bagi memenuhi keperluan tubuh yang tidak dapat dipenuhi/dirosakkan oleh perkara2 di atas.

Family Wellness Set dengan tambahan Alfalfa dan Ostematrix adalah set lengkap yang sesuai untuk ibu yang menyusukan anak. Juga sesuai untuk ibu-ibu yang tak menyusukan..

Lelaki dan wanita muda juga sesuai lagi bagus untuk mendapatkan set ini. Ia bukan saja menjadikan anda cergas bertenaga, malah mengurangkan stress, mencantikkan serta menggebukan kulit, menguatkan tulang, dan menyelesaikan masalah kewanitaan seperti keputihan serta mengetatkan faraj.

*credit 

 

Obimin dan Vitalea ~ Ketahui Perbezaannya

Kebiasaannya..untuk ibu mengandung, kalau kat hospital kerajaan..ibu-ibu hamil akan dibekalkan dengan Obimin atau pun vitamin kecik-kecik yang da 4 jenis tu kan? Either one lah kan 🙂 Ada antara pengamal suplemen Shaklee yang bertanyakan saya mengenai perbezaan di antara Obimin dan Vitalea..Perlu ke amik Obimin lagi bila dah amik Vitalea? Ya..saya juga sebagai pengguna tak terkecuali…Jom kita tengok apa beza antara kedua dua vitamin ni yer.. 🙂

Perbezaan yang paling ketara ialah semestinya kebanyakan Obimin untuk ibu hamil yang berada di pasaran adalah vitamin sintetik!

Dari jauh dah boleh nampak silica gel nya.

Manakala Vita-Lea Iron Formula (MultiVitamin dan MultiMineral) ialah vitamin semulajadi, yang lebih baik dan berkualiti untuk badan, dan pastinya tidak perlukan silica gel untuk memelihara keasliannya!

vitalea*Vitamin Shaklee pertama yang dihasilkan oleh Dr. Forrest C. Shaklee*

Ada beza ker vitamin sintetik dan semulajadi?

Pastilah ada. Seperti susu ibu dan susu formula, walau apa jua teknologi terkini yang cuba diaplikasikan untuk menambahbaikkan kualiti sesuatu susu formula tersebut, pastinya tidak sesekali akan dapat melawan kualiti ulung susu ibu!

Jadi, apakah bezanya vitamin sintetik dan vitamin semulajadi ini?

Beza Vitamin Sintetik & Vitamin Semulajadi (klik sini).

Kerapkali saya diajukan soalan oleh ibu hamil,

“Saya dah ada Obimin nie, tapi Hb saya low laaa, boleh ker makan Obimin sekali dengan Shaklee Vita-Lea? Sayang laa nak buang…”

Pertama sekali wahai ibu-ibu, info yang anda wajib tahu ialah, Shaklee Vita-Lea Iron Formula ialah sejenis MultiVitamin & MultiMineral yang mengandungi 28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian. Jadi, sekiranya anda memilih untuk mengambil Vita-Lea sepanjang kehamilan, tak perlulah untuk ambil Obimin lagi (dan vice versa), kerana Obimin juga sejenis multivitamin.

Dikhuatiri overdose pula!

Keduanya, tips penting wahai Mama, setiapkali anda menerima apa jua suplemen yang diberikan oleh doktor anda, amalkanlah untuk membaca label pada botol vitamin tersebut. Cuba anda bandingkan unit vitamin-vitamin pada setiap tablet multivitamin itu dengan unit RDA (Recommended Dietary Allowance) yang dicadangkan untuk ibu mengandung.

Biasanya ramai yang rujuk dengan US RDA (U.S. recommended daily allowance). Contohnya, laman americanpregnancy.org ini.

Panduan Membaca Label Botol Vitamin (klik sini).

Ketiga, sebaik-baiknya pilihlah multivitamin yang semulajadi, kerana multivitamin ini bukan sahaja untuk ibu, malah untuk bayi di dalam kandungan juga. Vitamin semulajadi lebih selamat, dan tidak mempunyai kesan jangka panjang.

Kelebihan memilih Shaklee Vita-Lea Iron Formula ialah, sebagai vitamin semulajadi, ianya tiada pewarna, perisa, mahupun pengawet tambahan. Vitamin asli nie bila kita genggam selama beberapa minit, ia takkan melekit dan meninggalkan warna di tangan kita. Cubalah!

Saya memilih untuk menggunakan produk Shaklee sepenuhnya untuk kandungan ketiga ini, dan saya juga telah maklumkannya kepada gynae. Beliau menghormati keputusan saya, dan telah mark “Supplement: Own-Shaklee” di dalam rekod pregnancy saya. Maka, dengan rasminya saya tidak dibekalkan sebarang suplemen (baik Obimin, mahupun Neurogain) dari gynae untuk sepanjang kehamilan ini.

Samoga ianya keputusan yang terbaik, Insya Allah.

Walaubagaimanapun, jika anda masih ragu-ragu untuk memilih multivitamin yang mana, saya amat menggalakkan anda untuk mendapatkan konsultasi sewajarnya daripada gynae anda, ya.

* credit

Jadi..pilihan terletak di tangan anda..semestinya kita mahukan yang terbaik untuk diri dan anak-anak kan.. 🙂

OrderNow

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, anda boleh hubungi saya.

Email : tgmuzlina@gmail.com
SMS/WhatsApp : 0139395771 (Muz)
Facebook Fanpage : Mama2R

Vitamin penting & vitamin yang TIDAK BOLEH diambil oleh Ibu Mengandung

Bagi ibu yang mengandung, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil apa-apa preskripsi ubat/supplemen. Memang vitamin hakikatnya adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh badan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi dari diet pemakanan harian. Namun bagi ibu mengandung hanya ada beberapa vitamin yang disarankan diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup zat.

Vitamin yang perlu
Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah protein, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, vitamin b complex yang lengkap dengan asid folik ,Vitamin C, Kalsium dan Omega.

Fungsi Vitamin 
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :-

Protein : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protein, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
B complex : penting untuk pembinaan sel darah, saraf dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.
Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.
Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.
Omega : membantu pembentukan sel otak.

Namun ada beberapa vitamin yang tidak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch kecuali atas saranan doktor sendiri.

Vitamin-vitamin yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya di awal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya DIHENTIKAN sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Maka sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.

*credit to anakkuwiraku

Email: tgmuzlina@gmail.com
SMS/WhatsApp : 013-9395771 (Muz)
Facebook Fanpage : Mama2R