Tag Archives: wanita hamil

Rahsia Ibu Berpuasa Ketika Hamil Tanpa Rasa Letih

Ibu hamil memang fobia bila terpaksa berhadapan dengan morning sickness. Kadang-kadang sampai tak larat nak bangun. Apa lagi bila ibu berpuasa ketika hamil..Memang sangatlah mencabar! Lebih-lebih lagi kalau ada anak-anak lain yang masih kecil.

ibu berpuasa ketika hamil

Walaupun ibu hamil ada rukhsah dalam berpuasa, tapi sebolehnya mestilah nak puasa penuh kan? Dah tak payah nak ganti. Lagipun, bila dah bersalin nanti ada aje halangannya bila nak ganti puasa sebab anak menyusu pula. Kadang-kadang, ibu yang terlebih risau..larat ke nak puasa ketika hamil ni? 

Bagaimana Ibu Hamil Ini Berjaya Puasa Sebulan

Di awal fasa kehamilan iaitu trimester 1, ibu hamil perlulah menitikberatkan pemakanan harian. Salah satu sumber nutrien penting sepanjang kehamilan ialah protein. Protein adalah blok-blok pembinaan asas bagi badan ibu dan juga bayi dan ianya sangatlah penting untuk proses pertumbuhan dan pembaikan kulit, rambut, kuku, tulang, tendon, ligamen, otot dan organ lain dalam badan.

Badan ibu sangat memerlukan protein untuk menghadapi tempoh 9 bulan hamil terutamanya bagi ibu hamil trimester 2 dan trimester 3 kerana pada waktu inilah perkembangan bayi sangat pesat dan payudara serta organ makin membesar bagi memenuhi keperluan bayi yang semakin membesar. Ia juga penting bagi persediaan ibu untuk menyusu.

Bila tak makan atau ibu berpuasa ketika hamil, kadar gula dalam darah menjadi rendah dan boleh juga mengakibatkan tekanan darah ibu boleh menjadi rendah. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil mudah sangat menjadi cepat letih, lembik, longlai…kalau tak puasa pun melepek, apa lagi kalau puasa kan.

Sumber protein paling mudah yang ada di sekeliling kita ialah telur, susu, produk berasaskan soya seperti tempe, tauhu dan sebagainya. Dan tahukah anda hampir kesemua protein yang terdapat dalam makanan tersebut hilang ketika proses memasak? Protein cepat musnah bila terkena suhu yang tinggi.

Menyedari keperluan orang ramai mengenai protein, Shaklee menyediakan sumber protein terbaik untuk anda iaitu Soy Protein Isolate Powder atau lebih dikenali sebagai ESP. Jika ibu konsisten minum ESP sepanjang kehamilan ni, insya Allah..banyak manfaat dan kelebihan ESP yang bakal ibu hamil dapat.

  1. Membantu perkembangan fetus (kulit, kuku, otot, organ bayi dan lain2 terdiri drp protein)
  2. Memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
  3. Memberikan tenaga kepada ibu terutamanya bagi yang mengalami morning sickness
  4. Mengawal paras kolestrol & menyokong kesihatan jantung
  5. Indeks glisemik yang rendah membantu mengawal paras gula dalam darah terutamanya bagi ibu hamil yang mempunyai diebetes
  6. Memberikan anda rasa kenyang dan mengelakkan masalah pedih ulu hati di kalangan ibu hamil
  7. Kulit bayi yang bakal dilahirkan nanti kelihatan cantik, halus, gebu tanpa masalah kulit..Insya Allah..dan bonusnya tentu kulit ibu juga 🙂
  8. Membantu badan ibu untuk menghasilkan antibodi untuk bayi.
  9. Meningkatkan kesihatan sistem imun yang menurun akibat perubahan hormon semasa hamil

Apa kesan kekurangan protein kepada ibu hamil?

Ibu hamil yang tidak cukup protein dalam badan mungkin mengalami simptom-simptom seperti berikut:-

  • Kehilangan berat badan
  • Otot-otot badan cepat lesu/lemah
  • Kerap dijangkiti penyakit
  • Sembap air
Tiada yang lebih berharga daripada kesihatan ibu dan juga bayi yang dikandung. Dapatkan ESP anda hari ini! Harga runcit RM150. Anda layak mendapat diskaun sehingga 20% dengan menjadi ahli Shaklee. Promosi Bulan Mac 2015, lebih jimat jika dapatkan ESP twin pack 🙂 Hubungi saya sekarang  di 0139395771 untuk maklumat lanjut.
OrderNow

Ibu hamil yang lincah dan cergas idaman semua

Wahhh..anda hamil? atau isteri mengandung? Tahniah semuanya yer!! Mesti tak sabar menunggu cahaya mata sendiri..lagi2 kalau anak pertama kan? Selalunya orang cakap yang pertama ni excitednye terlebih sikit..Hehhehe..Menjadi ibu hamil ni banyak cabarannya tapi pastinya membuatkan wanita hamil sentiasa tersenyum lagi-lagi bila mendapat respon dari bayi dalam kandungan. Pasti tak sabar untuk melihat zuriat dilahirkan nanti kan?

Ibu Mengandung

Kebiasaannya sebaik sahaja anda atau isteri disahkan hamil, terus pergi buat kad merah di klinik kesihatan. Bukan apa..semuanya untuk kesihatan ibu dan juga bayi di dalam kandungan. Nanti nurse akan berikan nasihat untuk ibu hamil terutamanya apa yang perlu dititikberatkan dalam makanan ibu hamil. Anda juga akan dibekalkan dengan beberapa jenis vitamin untuk ibu hamil. Semuanya bergantung kepada tahap kesihatan ibu tersebut. Vitamin ibu hamil ni tak sama yer..bukan semua klinik atau doktor bagi vitamin yang sama. Ada yang dapat obimin, ada yang dapat 4 jenis pil berasingan tu macam asid folik, vitamin c, zat besi, b complex dan sebagainya. Semuanya untuk memenuhi keperluan nutrisi harian untuk wanita hamil. 9 bulan hamil adalah waktu yang sangat kritikal untuk memastikan kesihatan kandungan dan juga ibu berada pada tahap yang optimum. Jadi ibu-ibu yang cantik jelita semua jangan ngelat2 yer..mesti jaga pemakanan ibu mengandung ni..Barulah baby yang lahir nanti sihat, bijak, cantik dan semestinya comel 😉

Shaklee juga menawarkan vitamin untuk ibu hamil yang dapat memenuhi dan menampung kekurangan nutrisi wanita hamil. Untung sangat tau sebab vitamin ni bukan jer makan waktu mengandung tapi berpantang dan dalam tempoh menyusukan juga. Jangan tak tau ramai dah ibu di luar sana yang bertukar kepada vitamin Shaklee sebab bukan jer memberikan  maanfaat waktu hamil tapi waktu menyusukan juga..Hinggakan ada yang tak muat peti nak simpan susu untuk anak tersayang..Tentu bertambah sihat dan bam bam si comel anda dapat khasiat dan nutrien yang cukup. Jom kita lihat bagaimana vitamin ini membantu anda dan bayi dalam kandungan?

1. Vitalea

Multivitamin yang dilengkapi dengan 28 vitamin dan mineral penting untuk membantu menampung kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan bayi serta memberi tenaga. Ianya lengkap diformulasikan dengan zat besi yang sangat penting untuk proses pembentukan sel darah merah yang sangat diperlukan oleh ibu mengandung. Pengambilan vitalea yang konsisten dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan ibu dan juga menaikkan kandungan hemoglobin (HB) di dalam darah.

Apa bezanya vitalea dengan multivitamin yang lain? Salah satu multivitamin yang popular di kalangan ibu hamil ialah obimin. Klik pada link di bawah :

Perbezaan Vitalea dengan Obimin

OrderNow

2. B Complex

Shaklee B complex mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain. Tahukah anda vitamin B di dalam tubuh badan anda mudah musnah dan hilang akibat stress/tekanan hidup, alkohol dan ubat-ubat preskripsi yang berunsurkan dadah? Vitamin B yang mencukupi dalam badan dapat membantu menenangkan dan mengelakkan stress serta keletihan akibat mengandung. Sebab tulah doktor selalu nasihatkan agar ibu mengandung..jangan stress tau..kesian kat baby..nanti baby pun boleh distress.
 

3. Vitamin C

Vitamin C terkenal sebagai nutrien yang dapat meningkatkan sistem imun. Sewaktu hamil, tahap kesihatan ibu mudah merosot akibat daripada sistem imun yang lemah. Vitamin C membantu ibu untuk melawan jangkitan dan juga penyakit. Ia juga terkenal dalam membantu penghasilan kolagen dan ini dapat membantu membina tulang rawan, otot-otot dan tulang-tulang bayi di dalam kandungan.

4. Protein (ESP)

Protein adalah makanan asas kepada sel di dalam badan. Ianya adalah blok-blok pembinaan asas badan ibu dan juga bayi. Perkembangan bayi di dalam kandungan sewaktu ibu hamil trimester 2 dan 3 sangat pesat. Jadi ia memerlukan sumber protein yang mencukupi untuk memastikan organ dan tubuh badan bayi terbentuk dengan sempurna. ESP juga memberikan rasa kenyang untuk mengatasi masalah pedih ulu hati di kalangan ibu hamil.

5. Ostematrix

Semasa hamil, badan ibu memerlukan lebih kalsium dan ianya sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat bagi bayi di dalam kandungan. Ostematrix bukan sekadar melengkapkan keperluan kalsium ibu mengandung tetapi juga membantu mengatasi masalah ibu hamil seperti sakit-sakit badan, sakit urat, sakit otot dan saraf, buasir, sembelit dan juga masalah tidak dapat tidur lena.

Kalsium untuk Wanita Hamil

6. Omega Guard

Omega 3 yang terdiri daripada EPA dan DHA sangat penting untuk membantu perkembangan otak dan minda bayi di dalam kandungan. Ia juga boleh dijadikan alternatif bagi ubat batuk kerana dapat membantu melegakan tekak dan mencairkan kahak. Omega Guard boleh diambil jika kandungan telah memasuki trimester 2..lebih kurang usia kandungan 4 bulan gitu..

Jagalah pemakanan untuk ibu hamil..bukan untuk orang lain..tapi untuk anda dan bayi juga. Jangan disebabkan kelalaian kita, bayi yang tak bersalah menanggung akibatnya. Dapatkan set kehamilan anda hari ini. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

OrderNow